Friday, January 21, 2011

no title

Assalamualaikum


kenapa dgn aq hari nieyh eh ? apa jadi dgn aq ? kenapa aq menangis lagi ? kenapa aq rasa susah hati ? kenapa aq rasa tak tenteram ? kan aq dah janji dgn diri aq sendiri yg aq tak mau nangis . hey ! kau dah lupa ke janji kau Zuriati ? haishh , klau berterusan mcm nieyh habis lah . yg lepas tu biarlah lepas . jangan nak ingat lagi . bukan dya sorg ja yg ALLAH taala cipta atas muka bumi nieyh . hey yati ! klau dya pergi , dya tinggalkan kau , biarkan ja lah . insyaALLAH satu hari nanti kau akan jumpa seseorang yg lebih baik dari dya . yg lebih sayangkan kau . ALLAH dah ciptakan setiap pasangan untuk hamba-Nya di atas muka bumi nieyh . cepat atau lambat ja . kita sebagai umat-Nya hanya perlu berdoa supaya kita mendapat pasangan yg setia , jujur dan yg boleh menerima segala baik buruk diri kita . begitu juga dgn kita . sebagai seorang perempuan , kita juga perlu menerima pasangan kita dgn seadanya kerana dya bakal memimpin sebuah bahtera keluarga . sudah lah yati , hapuskan air mata kau . dya tak layak untuk kau tangiskan . suatu hari nanti kau akan bertemu juga dengan seseorang itu . mungkin hari nieyh , mungkin esok . mungkin . segala-galanya akan terjadi dgn kuasa ALLAH taala , kerana Dia maha mengetahui . inilah ujian untuk kau yati . kau insan terpilih yg menerima ujian dari ALLAH . bersyukurlah pada-Nya . dan kerana Dia , kau masih bernafas .

wassalam ^_^

Thursday, January 20, 2011

My Lovers

nieyh anak sedara sulung aq . nama dya Muhammad Rafiq Iqbal a.k.a anak burung pipit . hehe .baru 1 tahun 6 bulan . dah boleh jalan . mulut tu mcm bertih . potpet2 . haha . tapi iqbal nieyh dengar cakap . phm apa yg ibu n abah dya cakap sbb iqbal nieyh full time breastfeed . baru2 nieyh abg aq crita , anak burung pipit kesayangan aq nieyh lempar rak kasut plastik abg aq jatuh ke tingkat bawah . just imagine lah , abg aq dok tingkat 5 . so naughty la anak burung pipit nieyh . haha , nama pun budak2 lagi . ibu bapa kena la pantau setiap gerak geri anak kecil anda . takot nanti sesuatu yang tak diingini terjadi .






nieyh plak anak sedara aq yg kedua . nama dya Nur Adriana Danisya . kakak aq panggil oputet . ntah apa2 la mak teh tu kan . baru 7 bulan . kalau ikut rank , danisya nieyh kakak sepupu iqbal lah sebab iqbal anak adik , danisya anak abg . danisya nieyh pun mulut dya lebih kurang iqbal jgak . ramah terlebih tapi danisya nieyh lebih dgn parents dya lah . balik rumah parents aq pun seminggu sekali . dulu dgn mak aq langsong tak mau pisah tapi skrng , tgk mak aq pun tak mau . hehe . biasa lah tu bayi lagi . mcm2 angin . danisya nieyh plak dua2 dya sapu , susu formula dya hentam , breastfeed pun dya sapu . chinese new year nieyh m.cik balik eh syg .


-makcik really love u both so very much !

Nama-nama Syurga dan Penghuninya .

1. Syurga Firdaus

Syurga Firdaus diciptakan oleh Allah swt dari emas. Tentang calon penghuninya dijelaskan dalam surat Al Mu’minun ayat 1-11, yang ertinya sebagai berikut:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (Yaitu) orang-orang yang khusyu dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (QS. al-Mu'minun:1-11)

2. Syurga ‘Adn

Syurga ‘Adn diciptakan oleh Allah swt dari intan putih. Calon penghuni Syurga ‘Adn antara lain:

- Orang yang bertakwa kepada Allah swt.

“(Yaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (Yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salaamun alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan." (QS. An-Nahl:30-31)

- Orang yang benar-benar beriman dan beramal saleh.

“Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia). (Yaitu) syurga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).” (QS. Thaha:75-76)

- Orang yang banyak berbuat baik.

“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. (Bagi mereka) syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera.” (QS. Fathir:32-33)

- Orang yang sabar, menginfakkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan.

“Dan orang-orang yang sabar kerena mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu.” (QS. Ar Ra’d:22-23)

3. Syurga Na’im

Syurga Na’im diciptakan oleh Allah swt dari perak putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang benar-benar bertakwa dan beramal soleh. Sebagaimana firman Allah swt:

“Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya.” (QS. Al-Qalam: 34)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan” (QS. Luqman :8)

“Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan.” (QS. Al-Hajj:56)

4. Syurga Ma’wa

Syurga Ma’wa diciptakan oleh Allah swt dari zamrud hijau. Calon penghuninya adalah:

- Orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. As-Sajdah:19)

- Orang-orang yang takut pada kebesaran Allah swt dan menahan diri dari hawa nafsu buruk. “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (nya).” (QS. An-Nazi’at:40-41)

5. Syurga Darussalam

Syurga Darussalam diciptakan oleh Allah swt dari yakut merah. Calon penghuninya adalah orang-orang yang kuat iman dan islamnya, mengamalkannya ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari serta mengerjakan amal soleh lainnya kerana Allah swt. Firman Allah swt: “Bagi mereka (disediakan) darussalam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.” (QS. Al-An'am:127)

6. Syurga Darul Muqamah

Syurga Darul Muqamah diciptakan oleh Allah swt dari permata putih. Calon penghuninya adalah orang-orang yang melakukan banyak kebaikan. Firman Allah swt: “Dan mereka berkata:" Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu ". (QS. Fathir :34-35)

7. Syurga Al Maqaamul

Syurga Al Maqaamul adalah surga yang diciptakan oleh Allah swt dari emas. Calon penghuninya adalah orang-orang yang sangat beriman (muttaqien), yaitu yang benar-benar bertakwa kepada Allah swt. Firman Allah swt: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman.” (QS. Ad-Dukhan:51)

8. Syurga Khuldi

Syurga Khudli adalah syurga yang diciptakan oleh Allah swt dari marjan merah dan kuning. Calon penghuninya adalah orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah swt dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah swt: “Katakanlah:" Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau syurga yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.” (QS. Al-Furqan:15)

Wallahu a’lam

Saturday, January 15, 2011

ceritera dulu kala .

Assalamualaikum .

tiba2 tadi aq teringat lah satu cerita dulu. dulu2 la kan , aq ada minat kat senior aq. dya tua setahun ja dari aq. dari skola rendah lagi aq dok minat kat dya. lepas habis skola rendah , aq naik skola menengah. tau2 aq satu skola plak dgn dya. weeeeeeeeeeee . tapi sat ja , lpas dya PMR dya p skola teknik. masa tu aq dah tak berapa nak suka dya dah. masa berlalu begitu saja. hari berganti hari , bulan berganti bulan , tahun berganti tahun. aq pun dah lama tak jumpa senior aq tu. tapi aq jumpa jgak dya dlm fb. haha.makin hensem. haha.aq rasa aq dah suka balik lah kat senior aq tu. aduh mak ai , mcm mna nieyh . cukup2 lah ZURIATI ISMAIL . tak serik2 lagi ka? , hari tu cakap " I DON'T NEED A MAN" . fokus ! fokus ! fokus . ada lagi 11 bulan aq nak habiskan pelajaran aq. jangan main2 dah.

aq nak share lah sikit. skrng nieyh aq ada hobi baru tau. skrng nieyh aq suka upload gmbar SLR. aq mmg minat sangat bidang fotografi n editing nieyh. kat sini ada la sikit gmbar2 dya . hee










aq upload 2 keping ja kat blog nieyh. yang selebihnya ada kat fb aq. sekali dengan lense dya.

jumpa lagi lah nnti . wassalam . ^_^

Thursday, January 13, 2011

Azam baru tahun 2011 :
  1. nak p class pakai baju kurung . tak ada lagi jean
  2. takmau gelak melalak mcm ntah apa2 lagi dah .
  3. nak jadi budak baik .
  4. nak kurangkan keluar sana sini . bila perlu ja keluar .
  5. dapat ja assignment , nak buat terus .takda tangguh2 .
  6. I DON'T NEED A MAN !
mampukah aku berubah ?
just wait and see .. ^_^



Sunday, January 9, 2011

omg !

semester 5 !

its happening !

be the 1st !

awesome !


^_^



Sunday, January 2, 2011

burung gagak

assalamualaikum .


-kalau ada burung gagak terbang di kawasan umah kita msti ada org nak meninggal-

boleh dipercayai ke?
aq rasa tu smua tahyul..
hidup dan mati kita hanya ALLAH yg tau..

tok aq selalu ckp mcm tu klau nampak burung gagak..
bila mak aq ckp kat tok aq supaya jgn percaya sngt benda2 mcm tu ,
tok aq msti jwb "aq pegang fahaman org tua2 zaman dulu"

hurmm , ntah la ...
aq pn asam pedas gak..nak percaya dgn tak percaya

-wassalam-

^_^