Monday, November 28, 2011

Berehat sebentar bersama DOVE

Assalamualaikum.. Hey guys

Actually, aq dah kehabisan idea untuk buat assignment so aq masukkan link "tatydasnipers.blogspot.com" then aq click "sign in" and then masukkan "email" dan "password". Aq sorang ja hari neh kat bilik. Dua orang kakak tu balik JB dan kakak yang lagi sorang ada kelas. What, ada kelas?? Yeah, dya ada class from 10am-2pm. ALONE !

Back to main topic. Sebenarnya kan aq dah "breakoff" dengan "Mr.Cadbury"sebab.... Sebabnya kan aq dah fall in love with "Mr.Dove". OMG ! "He so smooth, good looking and soft". HAHA !

"Mr.Dove" tu sebenarnya sejenis chocolate. Yeah i love chocolate. Chocolate tu bila masukkan ja dalam mulut aq memang sensasi lah rasanya. Rasa tak puas satu bar tu. I need MORE !


-Dove hazelnut almond and raisin-

Berdating dengan "Mr.Dove" sambil menikmati lagu "Rivers of Babylon". Lagu zaman mak mak kita dulu, perghhhh memang layannnnn habis. Aq suggest kat anda semua untuk try this. Rasa chocolate dya memang umphhh lah. Kalau tak caya try lah p cari kat mana mana supermarket berdekatan anda. 7 ELEVEN also.

I think i should stop here, assignment is waiting for me and i'll be back soon.

Wassalam.

Monday, November 21, 2011

Apabila KEYBOARD di-enter enter

Assalamualaikum peeps..

Lama sangat aq tak meng-hupdate blog neh.. Lagi pun aq tak ber-idea..
Aq ada lagi 2 bulan untuk menghabiskan kuliah aq.. Syukur alhamdulillah.. FINALLY !
Whoooooh ! kat kafe hostel aq neh dah macam STADIUM GELORA BUNGKARNO dah rupanya.

GO MALAYSIA GO !!!

Malam neh aq tengok bola masa dekat hujung-hujung dah.. Alhamdulillah rezeki Malaysia
Tekak aq yang sememangnya tengah sakit jadi bertambah sakit gara-gara bersorak gol tadi.

-blurrr-

Taktau dah nak create apa kat sini. Idea dah lari, melayang entah ke mana.
Rasanya dia nak suruh aq tidur kot sebab esok pagi nak jumpa doktor.
TEKAK dah sakit sangat neh.

Apa-apa pun well done MALAYSIA.

Wassalam




Sunday, September 25, 2011

Apa itu Akupuntur ?

Assalamualaikum guys

Apa itu akupuntur? Lets Check it out

Pengenalan Akupuntur

Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.

Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China. Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada China. Hal ini kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyar China iaitu sejak 4000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini.

Sejarah juga ada membuktikan bahawabangsa China merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur. Hal ini terbukti apabila Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk ‘ Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang pada tahun 2000 SM. Buku yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang penulis di Beijing, China.

Ciri – ciri Akupuntur

Rawatan akupuntur berbeza sedikit di antara cara rawatan masyarakat kuno China dengan rawatan masa kini. Dahulu, masyarakat kuno China menggunakan

batu – batu tajam, kayu dan buluh sebagai asas rawatan untuk menekan dan menusuk pada bahagian – bahagian tertentu. Tetapi kini, alat – alat asas ini diganti dengan cara yang lebih moden iaitu penggunaan jaurm – jarum yang halus yang telah disterilkan atau disucihamakan. Jarum – jarum ini diperbuat daripada pelbagai bahan logam seperti jarum silver atau jarum perak, jarum copper atau tembaga, dan jarum emas.

Jarum emas adalah jarum termahal di kalangan jarum – jarum halus. Jarum ini dipercayai dapat mengeluarkan tenaga ‘ Qi ’ 100 kali ganda daripada jarum silver. Tenaga Qi adalah tenaga yang menggerakkan jasad kita. Jika pengaliran tenaga ini terganggu, maka badan kita akan berasa sakit.

Pada jarum-jarum halus tersebut, sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan kita berasa seperti berdenyut – denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum - jarum tersebut ditusuk pada suatu titik khas di badan. Rasa yang kita alami ini dikenal sebagai ‘ Deqi ’ dan ia mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai kolestrol, channel, atau meridian. Dalam hal ini, kesemua rasa kesakitan atau bisa dikeluarkan melalui kuasa Qi yang secukupnya dan seterusnya memberi kelegaan dan menyembuhkan penyakit.

Pengamal perubatan akupuntur menyatakan bahawa terdapat 365 titik akupuntur yang utama dan lebih 1000 titik akupuntur luar biasa pada tubuh manusia. Titik akupuntur luar biasa wujud apabila sesuatu penyakit pada organ badan kita akan mewujudkan rasa sakit dan bengkak di tempat yang jauh daripada organ kita. Sebagai contoh, kesakitan pada diafragma boleh menyebabkan rasa sakit di hujung bahu..

Pengamal akupuntur juga mengelaskan sebahagian besar titik akupuntur kepada 12 kumpulan utama di mana titik – titik ini digabungkan melalui Meridian. Meridian yang mempunyai 12 meridian utama mengawal edaran seks, paru-paru, usus besar, perut, limfa, jantung, usus kecil, pundi kencing, buah pinggang, pundi hempedu, triple warmer dan hati. Dalam pada itu, jumlah titik akupuntur pada meridian adalah berbeza. Sebagai contoh meridian jantung mempunyai sembilan titik manakala meridian pundi kencing mempunyai 67 titik.

Seorang penyelidik kesakitan terkemuka, iaitu Dr. Ronald Melzack menyatakan bahawa tekanan pada titik – titik tertentu adalah berkaitan dengan pola kesakitan dan sesuatu rangsangan yang singkat tetapi berkeamatan tinggi pada titik itu melalui jarum halus dapat melegakan kesakitan. Selain itu, penyelidikan saintifik tentang akupuntur telah dijalankan di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan ‘ endorfin ’ yang boleh melegakan kesakitan secara semulajadi semasa rawatan akupuntur. Di kebanyakkan negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Hong Kong di mana terdapatnya ramai penagih dadah jenis Heroin,mereka menggunakan cara rawatan akupuntur kerana ia dapat meningkatkan kadar endorfin dalam badan. Hal ini kerana kebanyakkan penagih dadah mempunyai kadar endorfin lebih rendah dalam cecair spina mereka.

Pada tahun 1965, Ronald Malzack dan Patrick Wall iaitu penyelidik kesakitan telah mengesyorkan satu teori tentang kewujudan sejenis ‘ pintu ’pada setiap tahap saraf tunjang. Pintu tersebut sentiasa tertutup dan tidak membenarkan rangsangan kesakitan sampai ke otak . Selain itu , pintu dalam saraf tunjang itu dikawal oleh dua rangsangan secara berterusan . Sesetengah rangsangan itu cuba menutup pintu dan sesetengah rangsangan lain pula cuba untuk membuka pintu. Namun kelebihan lebih memihak kepada rangsangan untuk menutup pintu dan hal ini menyebabkan kesakitan tidak dirasai walaupun rangsangan wujud. Namun begitu, rawatan melalui akupuntur boleh bertindak untuk membuka dan menutup pintu dalam saraf tunjang secara berkesan.

Bentuk – Bentuk Akupuntur Moden

Di dalam akupuntur moden hari ini, terdapat pelbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur atau pengamal akupuntur. Secara keseluruhan terdapat lebih daripada 11 bentuk akupuntur moden. Antaranya adalah akupuntur klasik di mana kebiasaanya menggunakan jarum-jarum halus sebagai rawatan . terdapat juga akupuntur elektrik di mana ia menggunakan stimulator elektrik voltage rendah supaya tidak membahayakan pesakit dan akupuntur elektronik yang menggunakan alat-alat elektronik kecil.

Selain itu, akupuntur bekam darah menggunakan acu bekam untuk menggeluarkan darah kotor dari badan kita. Terdapat juga akupuntur bekam yang menggunakan acu bekam untuk menyedut keluar angin dari badan kita. Akupuntur mosibusi ialah akupuntur yang menghangatkan pada titik-titik tertentu. Manakala akupuntur urut yang meliputi pelepasan tekanan, urut ( massage ) dan reiki. Selain itu, terdapat juga akupuntur homeopathy, akupuntur mata, kepala, telinga, dan sebagainya.

Rawatan Akupuntur

Akupuntur dikatakan salah satu kaedah rawatan Hipnosis dan berkesan dalam rawatan sebagai ubat penahan sakit atau Anestetik . Pesakit juga boleh berada dalam keadaan sedar ketika mereka menerima rawatan akupuntur. Misalnya, pesakit boleh memberitahu pengamal akupuntur sekiranya jarum tidak ditusuk pada titik akupuntur . Rawatan akupuntur juga boleh digunakan dalan merawat seseorang yang terkena pancaran kilat. Hal ini terbukti apabila rawatan ini telah dapat memulihkan kulit seperti sedia kala.

Titik akupuntur mempunyai sifat elektrik yang sangat luar biasa. Titik-titik ini mampu mengalirkan aliran elektrik disekeliling kulit dan pada kawasan yang berdekatan atau berkaitan. Namun, apa yang luar biasa adalah titik akupuntur berubah mengikut emosi pesakit. Jika ditinjau mengikut cara perubatan Cina ia dikaitkan dengan tenaga Qi dan konsep Yin dan Yang. Konsep Yin dan Yang membawa maksud organ dalam tubuh yang baik dikenal sebagai Yin dan Yang pula dikenal sebagai organ dalam tubuh yang kurang baik. Keseimbangan dalam Yin dan Yang menentukan kestabilan kesihatan badan .

Perubatan Cina juga mengkaitkan hubungan cuaca dengan 5 unsur iaitu kayu, air, api, logam, dan bumi dengan kesihatan dan penyakit. Manakala organ dalam tubuh badan dikaitkan dengan 5 unsur serta Yin dan Yang. Sebagai contoh hati dikaitkan dengan kayu, jantung dengan api, limfa dengan bumi. Namun begitu, perkara yang paling utama dalam kaedah akupuntur adalah diagnosis nadi. Kaedah ini adalah penting kerana ia dapat mengesan penyakit yang pernah dihidapi. Hal ini memudahkan pengamal – pengamal akupuntur mengenal pasti dengan mudah latar belakang perubatan pesakit berkenaan. Selain itu, pengamal akupuntur tradisional juga boleh mengukur tahap tenaga dalam meridian dengan memeriksa nadi arteri radial pada pergelangan tangan. Tahap tenaga dalam meridian ini boleh mencapai sehingga 14 jenis nadi arteri pada kedua–dua pergelangan tangan . Namun begitu, ahli-ahli akupuntur berpendapat 5 atau 6 nadi sahaja yang boleh dikesan bagi tujuan perubatan . Selain itu, pengamal akupuntur tradisional juga akan memeriksa lidah, warna, tisu kulit, tisu rambut, pergerakkan dan kedudukan tubuh , pernafasan dan bunyi suara dalam rawatan akupuntur. Di samping itu, gaya hidup , diet, senaman tidur yang mencukupi, fobia, dan reaksi terhadap penyakit turut diambil kira. Proses ini dikenal sebagai ‘ Mempalpat ’ iaitu mendiagnosis gangguan pengaliran Qia dan serangan penyakit terhadap organ dalaman.

Keberkesanan Rawatan Akupuntur

Pengamal akupuntur berpendapat bahawa hanya kemahiran dalam mempraktikan akupuntur dapat mencapai rawatan yang dikehendaki iaitu mengetahui di mana hendak merangsang kulit . Walaupun terdapat banyak cara untuk merangsang kulit seperti moxibustion, urut , elektrik, getaran, mekanikal, panas, dan hayunan magnetik di amalkan secara meluas namun kaedah yang terbaik adalah kaedah rangsangan jarum.

Jarum akupuntur yang terdiri daripada jarum silver diperbuat daripada aloi perak dan semua jarum adalah berjenis besi berkalis karat Selain memastikan kedudukan jarum tepat pada titik akupuntur, keberkesanan rawatan akupuntur bergantung kepada jumlah jarum akupuntur yang digunakan, kedalaman menembusi kulit, tempoh jarum itu ditusuk pada titik akupuntur dan jumlah rawatan yang dijalankan.

Apabila titik akupuntur yang berkaitan dikesan, jarum akupuntur akan dicucuk pada kulit pesakit dan dibiarkan beberapa lama iaitu dari beberapa saat hingga ke beberapa minit. Sesetengah pengamal akupuntur akan memutarkan jarum dengan menggunakan hujung jari yang bertujuan untuk merangsang titik akupuntur . Selain itu, mereka juga akan merangsangkan titik akupuntur dengan menggunakan jarum elektrik.

Pesakit tidak akan berasa sakit ketika rawatan akupuntur dijalankan. Hal ini kerana jarum yang digunakan adalah sangat tajam dan hanya beberapa milimeter sahaja dimasukkan ke dalam kulit pesakit. Bagi pesakit yang menghadapi penyakit yang agak kronik rawatan dijalankan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebaliknya, rawatan yang lebih kerap diberikan bagi penyakit yang agak kritikal. Sesetengah pesakit memerlukan empat atau lima rawatan akupuntur sebelum melakukan sebarang perubahan pada dirinya seperti berasa santai, segar, dan mampu menjalankan aktiviti seharian.

Penyakit Yang Diubati Oleh Akupuntur

Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum.

Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britian para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .

Di samping itu, beberapa doktor yang telah menyaksikan pembedahan menggunakan kaedah akupuntur turut mengakui bahawa di negara China rawatan perubatan akupuntur buka sahaja tertakluk pada disfungsi proses fisiologi tetapi juga pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti pembedahan caesarean, tumor, pembedahan gigi dan paru-paru pesakit . Kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar dan tidak menerima sebarang ubat anestetik. Hanya jarum akupuntur yang dirangsang dengan elektrik di masukkan dalam kulit pesakit.

Kemusykilan Yang Timbul Terhadap Rawatan Akupuntur.

Walaupun kaedah rawatan akupuntur memberikan kesan yang baik kepada pesakit-pesakit, namun masih ada persoalan-persoalan yang ditimbulkan akibat keraguan mereka . Pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kesan-kesan penusukan jarum, perbandingan jarum dan sebagainya.

Sebenarnya, rawatan akupuntur mendapat pengiktirafan daripada WHO. Penusukan jarum tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Hal ini terbukti apabila jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus dan ia dicucuk hanya sedalam 0.5 cm hingga 1 cm sahaja. Penusukan jarum hanya bagaikan gigitan semut pada kali pertama .

Selain itu, jarum akupuntur moden tidak mendatangkan bahaya kerana ia adalah dalam keadaan siap terbungkus setelah disterilkan dan sentiasa bersih serta selamat digunakan .

Di samping itu, masyarakat tidak perlu ragu tentang jangkitan AIDS melalui rawatan akupuntur . Hal ini kerana belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merebak melalui jarum akupuntur. AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, khususnya yang digunakan oleh penagih dadah .

Kesimpulan.

Umumnya rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan walaupun keberkesanan kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian yang telah dijalankan . Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada 500,000 ahli terapi akupuntur manakala Jepun pula mempunyai lebih daripada 30, 000 pengamal akupuntur. Sementara itu terdapat juga segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Perancis yang mengamalkan kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan moden. Hal ini kerana rawatan akupuntur sebenarnya mampu mengubati pelbagai penyakit yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden . Kaedah moden lebih cenderung menggunakan cara pembedahan dan dadah sebagai jalan penyelasaian bagi merawat sesuatu penyakit.

Sumber : Universiti Kebangsaan Malaysia

Saturday, September 10, 2011

Saya Bahagia !

Assalamualaikum peeps

Hari ni dah 10 Sept 2011. Lagi 4 hari aku nak pulang ke Melaka untuk menyambung " sisa-sisa " pengajian aku yang berbaki 3 bulan sahaja lagi. Cepat sungguh masa berlalu sehinggakan aku sendiri tidak meyedari tempoh 2 tahun setengah aku bermastautin di Melaka ini bakal berakhir pada Januari nanti, insya-Allah. Segala pahit maung telah aku rasai. Badai yang menimpa diri yang terpaksa aku lalui sendirian tanpa kedua ibu bapaku.

Aku kini melalui hari-hari sepi tanpa peneman disisi tapi aku bersyukur kerana Allah s.w.t mengurniakan 4 orang buah hati yang comel-comel untuk menghiasi hari sepiku. Terima Kasih Ya Allah.

(bersambung)

***************************************************************

(sambungan semalam)
(11 Sept 2011)

Aku jugak bersyukur sebab hari ini mak aq " ugut " aku suruh makan. HAHA

Terima kasih mak. Mak masak sedap sangat hari ni. Ada kangkung goreng ( my favourite ). Sekarang ni tengah hujan kat Kedah ( jangan banjir dah la ya), dari pagi tadi sampai sekarang. Semalam pun hujan. Pukul 1 pagi aku ajak kakak aku teman pergi bilik air. Hujan lebat sampai aku sejuk menggigil dan rasa nak terkincit. Marah kakak aku kat aku semalam sebab aku kacau tidur dia. Sorry kak, aku tak tahan gila.

Mak aku dah kalut nak buat ketupat segala bagai. Iyalah kan, aku dah nak balik Melaka 14 sept ni. Mungkin Deepavali nanti baru aku nak balik pulak, tu pun kalau aku dapat cuti. " Takpa mak, chek dah nak habis belajaq dah. Nanti mak takyah nak buat apa-apa dah tapi kalau chek dok jauh dari mak jugak nanti, mak kenalah buat jugak ". Hehek

Sebenarnya aku tak tahu pun apa fungsi aku naik entri hari ni. Mungkin sebab aku rasa blog ni dah " berhabuk " kot.

Hurmm, cukup dah kot. Nak sambung tengok video klip Celine Dion, A New Day Has Come

wassalam
happy sunday day ^_^

Saturday, August 20, 2011

End of my story

Assalamualaikum peeps

Aku rasa dah lama sangat aku tak
update apa-apa kat blog neh. *sigh*. So sweet to be single right? Kenapa aku single kembali? Sebab aku nak bagi tumpuan untuk diri aku neh. Sem depan dah sem akhir aku, aku kena usaha lebih, aku tak boleh sia-siakan duit ringgit yang mak ayah aku dah habiskan untuk aku selama neh.

Sebab aku nak
dia tumpukan sepenuh perhatian untuk family dia. Dia jadi ketua keluarga selepas ayah dia kembali ke Rahmatullah. Aku nak dia puaskan hati mak dia, itu yang paling utama. Ketepikan teman wanita kau, utamakan mak kau dulu. Tu yang aku cakap pada dia. Menyesal? Tak menyesal pun, malah aku rasa puas dengan tindakan aku. Aku tau dia banyak berubah sebab aku, tapi kalau iya pun, janganlah sebab aku. Berubahlah kerana Allah Taala. Itu yang sebaiknya

Status
facebook aku "Selamat tinggal dunia percintaan.. So sweet to be single.. Ooyeaahhhh ! :)". Perjalanan hidup aku panjang lagi. Banyak lagi yang aku kena tempuh. Hurmm, aku tak mahu bercakap panjang tentang hal neh, lagipun takda sesiapa yang suruh aku bercinta bagai tapi aku nak share lah kat sini ciri-ciri lelaki yang aku inginkan.

Ciri-ciri berikut adalah :
  • Lelaki soleh -boleh bimbing aku dalam agama dan bimbing aku mencari keredhaan Allah
  • Lelaki yang pandai membaca Kalam suci Allah s.w.t
  • Lelaki yang lemah lembut, cantik budi bahasa
  • Lelaki yang tenang apabila berbicara dengan teman hidupnya dan orang sekeliling
  • Lelaki penyabar
  • Lelaki penyayang
  • Lelaki yang suka berjemaah ke Masjid
  • Lelaki yang mahu menjadi Imam sewaktu solat bersama anak-anak dan isterinya
  • Lelaki yang tak pernah meninggalkan solat Jumaat
  • Lelaki yang tidak MEROKOK
Insya-Allah, semoga Allah kurniakan lelaki yang ini kepadaku. Tapi layakkah aku mendapat lelaki seperti ini? Sesungguhnya, hanya Allah yang Lebih Mengetahui.

Wassalam

Thursday, July 28, 2011

Final exam is Coming

Assalamualaikum guys :)

Final exam muncul kembali tapi mood nak study tak mari lagi.. Amacam, terbaik kan aq ? Buku apa pun aq tak sentuh lagi. Bukan malas tapi kurang sihat sebab tu aq tak prepare apa apa lagi pun. "Apa pun tak boleh ".



Line broadband neh pun terkelip kelip. Please be nice with me Mr.Broadband. Hidung pun dah tersumbat, mata berair, tekak pun sakit plus perit gila lah. Ini dinamakan, demam exam. Halahhhh, bosan dah neh, taktau nak mengepoh apa lagi dah. Wish me luck okay ! :)

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

wassalam ^_^

Wednesday, July 27, 2011

Abang Tahniah !

Assalamualaikum peeps !

Hari neh aq nak share something dengan anda anda semua. Berita yang menggembirakan buat kami sekeluarga. Abang aq yang kerja dengan Air force tu dah terpilih untuk ke Lubnan untuk misi Malcolm. Insya-Allah, bulan 10 neh abang aq akan berangkat. Doakan semuanya selamat lah ya. Kesian Iqbal, nanti nak kena tinggal dengan abah dia. Alolo, kesiannya dia



By the way, i'm proud of you bro. Aq tak jadi askar pun takpa lah. Neh ja yang aq nak pesan kat kau abang :

  • laksanakan tugas yang amanahkan dengan sebaik mungkin
  • jangan lupa laksanakan tanggungjawab kau kat Allah
  • jaga nama baik keluarga
  • selamat pergi dan selamat pulang
Sebelum kau pergi nanti, aq nak peluk kau puas puas abang. Kami semua akan sentiasa menyokong dan mendoakan kau. Secara automatik plan aq dengan abang aq nak ke Masjid India dengan Sogo dibatalkan, memandangkan sekarang neh abang aq tengah menjalani latihan di Bukit Jugra. Minggu depan ada latihan di "Malbatt Village", mungkin latihan tu dijalankan untuk menyesuaikan diri anggota anggota semasa di sana.

Jumpa raya nanti okay. Teruskan latihan kau, jangan tension tension. Everything gonna be fine ! Insya-Allah

That's all for today.
wassalam

Monday, July 25, 2011

Abang Abang Saya :)

Assalamualaikum guys :)

Ingat tak masa entri yang lepas aq pernah cakap yang aq akan story pasal abang aq. Okay, sekarang aq akan tunaikan apa yang aq cakap hari tu. Aq ada 3 orang abang dan sorang abang angkat (anak angkat ayah aq), means, aq ada 4 orang abang. Tapi entri kali neh, aq nak cerita pasal abang aq yang sorang neh ja. Yang abang lain takmau.

  • Abang aq yang sulung, nama dia Khairul Ismadi Ismail. Lahir pada tanggal 18 November 1977. Btw, abang aq neh ada kembar tapi meninggal masa usia dia 1 bulan kalau tak silap aq. Nama kembar dia Khairul Rizal. Sedap nama tu. Teringin nak tengok abang Rizal, Insya-Allah di syurga kelak. Amin. Nama panggilan untuk abang aq neh, abang long. Abang long neh belum kahwin, dia cakap dia izinkan adek adek dia kahwin dulu. Okay, abang long neh abang yang special sangat, gifted, dimata aq dia seorang yang beriman. Setiap kali aq nak balik ke Melaka, dia mesti pesan kat aq supaya jangan tinggal solat, jaga diri elok elok kat tempat orang. Terima kasih along atas pesanan tu. Aq akan sentiasa ingat pesanan tu kemana ja aq pergi. Straight to the point, abang long sebenarnya sorang atlet Paralimpik Malaysia. Mungkin ramai yang taktau apa itu Paralimpik. Paralimpik tu adalah sukan untuk atlet atlet Kurang Upaya atau OKU. Yes, abang long aq atlet OKU.
  • Kita sedia maklum yang golongan sebegini kurang diterima di mata umum. Secara jujur aq katakan, aq sendiri dulu tak dapat terima abang long. Sebab apa ? jawapan dia sebab aq malu. Memang bodoh gila masa tu. Malu nak mengakui abang sendiri. bodoh kan ? kalau ahli keluarga sendiri tak boleh terima kehadiran ahli keluarga yang sebegitu apatah lagi orang luar. So, aq nak pesan kat sini, sesiapa yang ada ahli keluarga macam abang long aq, terima lah mereka dengan penuh terbuka kerana mereka lebih mulia disisi Allah berbanding kita.
  • Abang long pernah mewakili Malaysia untuk sukan antarabangsa sebanyak 3 kali iaitu di Korea, Vietnam dan Thailand. Untuk kejohanan antarabangsa di Malaysia sendiri sebanyak 2 kali. Alhamdulillah semua pencapaian yang diperoleh adalah membanggakan. Untuk kejohanan olahraga yang diadakan di dalam Malaysia memang tak terkira dengan jari aq. Memang banyak sangat. Dekat rumah aq tu, dalam satu almari kaca penuh dengan trofi dan medal yang dia dapat. Abang aq pernah menerima anugerah Olahragawan terbaik Negeri Kedah.
  • Alhamdulillah, sekarang aq boleh menerima abang aq sepenuhnya. Aq dah tak malu nak jalan dengan dia di khalayak ramai. Pernah sekali dia ada game kat Melaka. Tak kan lah aq tak p tengok dia kan. So, aq cari dia kat Stadium Hang Jebat and finally, aq dapat juga peluk abang aq sebab masa tu 4 bulan aq tak balik rumah. Terikat dengan study, cuti sem baru dapat balik. Kali kedua abang aq datang Melaka masa dia ada kursus apa entah, masa tu lah aq kenalkan my special brother kat kawan kawan aq.
Apa lagi eh yang aq nak cerita kat sini ? hurm, dah habis kot. Nanti kalau ada apa apa story lagi, aq akan share kat sini.

wassalam

Saturday, July 23, 2011

Saya suda jadi pelajar tahun akhir :)

Assalamualaikum bloggers :)


  • Malam neh aq bosan sangat dan tak tahu nak buat apa lagi dah. Assignment semuanya dah dihantar. Wahh, dengan bangganya memberitahu. :) . Tinggal lagi 2 minggu saja lagi untuk aq habiskan sesi pengajian aq untuk semester 6 neh. 1st dan 2nd Ogos aq bakal menduduki peperiksaan akhir dan bermula 5 Ogos aq akan menghabiskan seluruh cuti sem aq bersama dengan keluarga aq di kampung.

  • Aq pelajar tahun akhir jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak, fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, matriks number YM0970974 bakal menamatkan sesi pengajian pada Disember 2011. Hurmm, sekejap ja masa berlalu. Pejam celik pejam celik nak habis dah aq belajar kat Melaka neh.

  • Mesti sedih kan bila dah hujung hujung nanti ? tsk tsk tsk. Aq takmau post panjang panjang sebab dah kekurangan idea neh. Nanti bila ada idea, aq akan postkan untuk entri yang akan datang :)

Wassalam
Selamat beristirehat bloggers ! :)

Friday, July 22, 2011

Sesi soal jawab dengan reporter tak bertauliah

Assalamualaikum peeps ! ^_^

Tengah buat apa ?

Okay, sekarang neh aq tengah siapkan assignment yang telah di REJECT oleh Madam Mazlinah. Account FB aq dah close, that mean selagi assignment tak siap account FB tak boleh di buka.

Apa perasaan bila assignment di REJECT ?
Alahh, bukannya Madam reject mentah mentah. Petang tadi aq dah hantar, nak suruh Madam semak dulu if ada yang kurang boleh aq betulkan. Sekarang neh aq tengah " make-up " kan sikit assignment neh.

Lagi berapa hari nak final exam ?
Final exam ?? hurmmm, lagi 2 minggu. 1st-2nd August 2011.

Dah prepare nak final exam ?
Belum.

Kenapa belum ?
Sebab masih banyak lagi yang perlu difahami dan kena buat banyak revision.

Dah ready nak sambut puasa dan solat tarawikh?
Insya-Allah, dah ready. Boleh buat tarawikh kat rumah dengan mak dan ayah.

Baju raya berapa pasang ?
kejap kejap nak bilang. Baju kurung kat rumah tailor 2 pasang. Jubah ready made kat kedai sepasang.

Agak agak assignment Madam Mazlinah tu bila boleh siap ?
Okay okay, nak sambung buat balik lah neh.

Wassalam..
Have a goodnight guys ! ^_^

Monday, July 18, 2011

Joyfull Day

Assalamualaikum, hallo guys ! :)


Wahhh, tak lama ja lagi Ramadhan bakal tiba
so kepada sesiapa yang belum menggantikan puasa yang ditinggalkan tahun lepas tu cepat cepat lah gantikan ya. Aq suka gila tahun neh sebab aq boleh puasa penuh dengan family aq kat rumah. Ikut perancangan, aq habis paper 2nd August 2011. 1st planning nak balik 26th August 2011 sebab aq nak p shopping shopping dulu dengan abang aq kat Masjid India tapi abang aq terpaksa cancel kan plan kami tu sebab abang aq ada latihan kat Bukit Jugra so aq percepatkan tarikh tu pada 11th August 2011 tapi tu semua tak boleh pakai jugak, last last aq tukar tarikh lagi, 5th August 2011. Kali neh confirm dan insya-Allah minggu depan aq nak p beli ticket. Whoooh ! i'm so excited to go back home. I'm coming home i'm coming home tell the world that i'm coming home. Okay okay, back to main topic. Barbeque night ! awesome :)


16th August 2011 ! akhirnya, jadi jugak plan Jawatankuasa Tertinggi Asrama (JTA) dan AJK AJK asrama siswi Batu Berendam untuk mengadakan Malam Gala Muhibbah 2011. Awal awal pagi Pengarah, Timb.Pengarah, Bendahari dan AJK AJK kecil ke
market nak cari ayam dan barang barang yang sewaktu dengannya. Aq dengan Kak Ekin sebagai AJK Aktiviti, so kami berdua kena plan semua aktiviti untuk hari tu. Bukan kami berdua ja, bawah kami ada lagi junior dua tiga orang yang bantu. Thanks Prema, Yogi and the gang sebab banyak tolong akak. :)


Untuk acara sebelah petang, kami berpoco poco dulu. Nak panaskan badan sebelum main game yang lain. Antara game game yang di anjurkan adalah tiup tepung (dalam tepung ada garam), boling kelapa, isi air dalam botol, lambung belon yang ada air. Lebihan tepung tu kita orang baling lah kat sesama kita orang.. Best whooh bila junior junior turun padang semuka dengan senior senior. Lagipun sem depan dah last sem kami semua senior senior, tinggal lah junior junior yang bakal mewarisi kami kami neh. Tsk tsk tsk (sedih lah pulak)







Thats all for today guys !
Have a nice day
-wassalam-

Monday, July 4, 2011

Dialek Sarawak

Assalamualaikum guys ! kali neh aq nak share mengenai Dialek Sarawak <3

Selamat Belajar ! :)

Dialek Sarawak atau Bahasa Melayu Sarawak ialah bahasa daerah yang digunakan oleh penduduk yang berbangsa melayu di Sarawak dalam kehidupan seharian. Di mana dialek ini banyak dipengaruhi oleh Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan Bahasa suku-suku di Filipina. Ia juga mempunyai beberapa persamaan dengan Bahasa Melayu Brunei serta Bahasa Melayu Pontianak yang dipertuturkan di Kalimantan.


Contoh

Berikut adalah beberapa perkataan di dalam dialek Sarawak :

Kamek

Kamek bermaksud saya di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek ada kereta" bermaksud "Saya ada kereta".

Kata "Kamek" adalah ungkapan halus yang biasa diucapkan oleh anak-anak terhadap orang yang lebih tua.

Kata "Saya" juga sama halusnya dengan kata "Kamek". Jika "Kamek" umumnya digunakan terhadap sesama keluarga dan orang terdekat dengan kita, tetapi tak terlalu sesuai digunakan terhadap orang yang baru kita kenal. Misalkan dengan orang yang kita berurusan bertemu di atas Bas. Sedangkan kata "Saya" biasa digunakan terhadap keluarga dan orang terdekat dan orang yang telah lama kita kenal, dan juga sesuai dan layak saja jika kita gunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang baru kita kenal.

Kata ini juga umumnya dipakai di Kalimantan Barat, misalkan pada Bahasa Melayu Logat Pontianak dan Logat Mempawah, dan logat lainnya yang ada di Kalimantan Barat

Kitak

Kitak bermaksud awak di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kitak ada kereta" bermaksud "Awak ada kereta".

Di dalam Bahasa Melayu Logat Kalimantan Barat (Logat Pontaianak dan Logat Mempawah misalkan), kata "Kitak" bererti kalian. Sedangkan awak=kau=anda

Molah

Molah bermaksud buat di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek gik molah kerja" bermaksud "Saya sedang buat kerja".

Sik

Sik bermaksud tidak di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek sik tauk" bermaksud :Saya tidak tahu".

Selain daripada itu terdapat banyak perkataan dalam bahasa sarawak yang terlalu jauh bunyinya daripada bahasa Malaysia. Contohnya;

  • Kenak = Kenapa
  • Kenak = Kena
  • Tangga = Tenguk/Lihat
  • Diat = Lihat/Tengok
  • Tunggah = Panggil
  • Padah = Beritahu
  • Engkah = Letak
  • Embak = Bawa
  • Mikik = Baiki
  • Kepak = Penat
  • Nekik = Daki
  • Tempek = Tampal,(sama maksud 'tepek' bgi longat kelantan)
  • Lonjong = Panjang
  • Asuk = Anjing
  • Pusak = Kucing
  • Manok = Ayam
  • ...indah = 'pengguat ayat' contohnya; pande sakit indah bila urang nyurohnya belaja. maksudnya, sakitlah pula apabila saya menyuruh dia belajar.
  • Geruk = Leher
  • Tengok(bukan sebutan tengok=lihat) = lihat dalam-dalam
  • plente = Bergurau
  • Pebulak = Penipu
  • Berolah = Nakal
  • Sinun = Sana / Situ (nun disinun = nun di sana)
  • Sitok = Sini (di sitok = di sini)
  • Tapak = Pinggan
  • Cangkir = Cawan
  • Kedak = macam (polah kedak tok juak = buat macam ni juga)
  • Polah = buat / lakukan
  • Dibah = Di bawah
  • Semangka = Tembikai
  • Gerek = Kekasih (Azura ya gerek Zaid = Azura tu kekasih Zaid)
  • Pusuk = Ikan Bilis

Terdapat juga bahasa melayu sarawak yang digunakan oleh orang-orang tua sarawak terutamnaya di Bahagian Kuching. Seperti:

  • Ladin = Pisau
  • Lang = Pintu
  • Sukut = sisi
  • Pagu = Para
  • Telok = Bilik
  • Diniari = Subuh
  • Pagi awal = Awal pagi
  • Gadong = Hijau
  • Kalas = Merah jambu
  • Ngkodok = Ungu
  • Minyak = cuma
  • Ngetor = Jalan-jalan (TOUR)

Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Sarawak belum termasuk kata nama, kata sifat, kata kerja, kata soal serta nahu-nahu yang perlu kita tahu dalam mempelajari Bahasa Sarawak.


Sumber : wikipedia.com

Wassalam

^_^

Tuesday, June 28, 2011

Miss my Mr.Belog !



Assalamualaikum. Haip ! :)

Lama dah aq tak jenguk MY ONLY ONE " HUNNY ". Aq sampai Melaka 15 Jun 2011 dalam pukul 9 lebih cenggitu lah. 16 Jun kami stay dulu kat bilik, semua letih lah katakan. 17 Jun baru kami ke kolej nak register. Class aq mula 21 Jun 2011 dan hari neh ( 28 Jun 2011 ) adalah class aq yang ketiga. Best kan sebab class seminggu 2x ja. Awesome ! :)



Lots of Laugh ! iya, aq suka gelak. Best whoa. Release tension bak kata orang puteh. Semester 6 neh sem yang paling best lah bagi aq sebab sem neh kami dapat Lecturer lelaki (En.Ghani). Tua dah, pangkat ayah-ayah kita lah. Ayat famous yang selalu lec aq cakap nak tau apa ? " tu bengong namanya, hahaha ". Ayat dya untuk hari neh yang membuatkan satu class bingit pulak, " tanpa ku sedari pemergianku tak diketahui ". HEKHEKHEK

Sem neh memang banyak waktu yang free. So, daripada nak bazirkan masa melapok and mengulaq dalam bilik tu kan apakata kita keluar cari part-time job. Betul tak ? At least ada jugak income kan. Tak menyusahkan parents dah kan. Betul tak ? So,sem neh aq pun mula lah cari part-time job dan alhamdulillah aq dapat kerja balik dengan Boss aq yang lama. Uncle Simon namanya. Orangnya berbadan tegap, tinggi, rambut dah beruban sikit. Uncle memang baik sangatsangat. Transport nak p kerja dya sediakan. Kerja pun tak susah, relax lah. Kalau ada apaapa event, seluruh Melaka kami akan jelajah bahkan hingga ke luar Melaka. Best kan ?

Alhamdulillah, dah 5 hari aq kerja, income pun dah ada, separuh aq simpan separuh lagi aq guna untuk belanja harian lah. Tapi kalau ada event memang masyuk gila lah kan. Hekhekhek. Ohhh , lupa pulak aq nak bagitau aq kerja apa. Okay sebenarnya aq kerja dengan Celcom.

Okay lah , stop kat sini dulu sebab nak sambung buat assignment En.Ghani pulak, class ke-5 nanti dah nak kena submit. Assignment kali neh individual. So, kalau jadi apaapa kenalah tanggung sendiri. Ya tak ? Esok aq kerja ! 10am-8pm :)


Have a goodnite bloggers !
Wassalam ^_^

Monday, June 6, 2011

You To Me Are Everything

I would take the stars
Out of the sky for you
Stop the rain from falling
If you asked me to
I'd do anything for you
Your wish is my command
I could move a mountain when
Your hand is in my hand
Words cannot express
How much you mean to me
There must be some other way
To make you see
If it takes my heart and soul
You know I'd pay the price
Everything that I possess
I'd gladly sacrifice

Oh you to me are everything
The sweetest song
That I could sing
Oh baby, oh baby
To you I guess
I'm just a clown
Who picks you up
Each time you're down
Oh baby, oh baby
You give me just
A taste of love to
Build my hopes upon
You know you got
The power girl
To keep me holding on
So now you got
The best of me
Come on and
Take the rest of me
Oh baby

Though you're close to me
We seem so far apart
Maybe given time
You'll have a change of heart
If it takes forever boy then
I'm prepared to wait
The day you give your love to me
Won't be a day too late

Oh you to me are everything
The sweetest song
That I could sing
Oh baby, oh baby
To you I guess
I'm just a clown
Who picks you up
Each time you're down
Oh baby, oh baby
You give me just
A taste of love to
Build my hopes upon
You know you got
The power boy
To keep me holding on
So now you got
The best of me
Come on and
Take the rest of me
Oh baby

Monday, May 30, 2011

Merapu di petang hari

Assalamualaikum ..

Cuti sem tak lama ja lagi nak habis jadi aq pun kenalah ready awal sikit. Bukan apa,takot nanti kalut. Kena kemas luggage awal sikit sebab takot nanti ada barang yang tertinggal. Nak bawak balik baju sikit ja sebab sem depan adalah sem pendek,tempoh pengajian aq pun 2 bulan ja. Berdasarkan jadual final exam sem depan yang aq dah tengok hari tu,aq dijadualkan akan menduduki final tanggal 2 Ogos 2011 bersamaan hari Selasa pukul 9am-12noon.

Dalam hati neh syok tak kira lah kan sebab masa tu bulan Ramadhan. Tak payah lah aq nak kalut-kalut nak prepare untuk bukak posa dengan kawan-kawan kat hostel sebab masing-masing dah ada dengan family. Kalau bukak posa kat rumah memang takda tahap maksimum lah keseronokkan dia tu. For sure,rumah aq akan bertukar menjadi PASAR BORONG. Insya-Allah,panjang umur kita akan bertemu di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Ada lagi satu benda yang best yang aq tak sabar nak tunggu masa bulan Ramadhan tu nanti. Ala , korang pun tahu kan??dalam banyak-banyak bulan yang ada dalam kalendar islam,benda tu hanya ada dalam bulan Ramadhan ja. Kalau tanya budak-budak pun dorang tahu. Tak lain dan tidak bukan mesti lah solat tarawikh yang aq tunggu-tunggu. Tahun lepas aq sempat buat 3 malam ja rumah sebab yang selebihnya aq kat melaka lagi masa tu.

Sebenarnya aq bukan nak cakap pasal bulan Ramadhan tapi aq nak cakap tentang apa yang aq fikir masa aq tengah masak tengah hari tadi. Masa aq tengah jalan nak p ambil barang dalam peti sejuk tiba-tiba aq terfikir tentang tanggungjawab seorang WANITA. Tok aq pernah cakap, " orang pompuan neh,tak keqa lah qeja dya besaq mana pun , jawatan dya tinggi bqapa lapeh skali pun tapi bila dya dah menikah,tugaih dya tetap kat ceqok dapoq ". Kena masak untuk suami dan anak-anak,kena mengemas seluruh ruang rumah to make sure takda sebesar zarah pun habuk-habuk. Bila weekend pulak confirm lah tak boleh dok diam kan. Rumah mesti nak berkilat bercahaya punya,carpet nak kena vacum,nak mop lantai lah,senang cakap seluruh isi rumah kena bersih bukan apa mana tau tiba-tiba family-family semua nak LEPAKING'S kat rumah ke kan.

Tapi bila fikirkan balik memang berat jugak lah tugas orang perempuan neh,memang tak menang tangan. Macam-macam nak kena handle. Taraf kehidupan pun meningkat bila dah berumahtangga. Nak kena bayar bil elektrik lah,bil air lah,astro lah,kalau dah berlaki bini tak kan tak pakai kereta kan?? haaaa,nak bayar duit kereta lagi lah. Macam aq neh,nak bayar kat PTPTN lagi bulan-bulan,bak kata mak aq lah " duit mengalir macam air ". Lain lah kalau dapat suami yang hartawan kan. Neh contoh dialog aq dengan laki aq. " bang,bak Rm20 ribu,nak p settle duit PTPTN yang ayang pinjam masa belajar kat KYM dulu " .dengan senang hatinya laki aq bagi Rm20 ribu bayar PTPTN ( sapa lah laki "bertuah" tu agaknya eh ?). Nah hamek kau senah,seketul aq bagi kat kerani kewangan PTPTN tu. HAHA !

Entah apa lah yang aq merepek kat situ. Sekali fikir macam best pulak bila kawen,( apa yang best aq pun taktau ). Kalau kakak aq baca apa yang aq post kat sini confirm lah kan aq kena dengan dya. Kakak aq tu supportive tapi kalau dya rasa tindakan yang aq buat tu macam tak betul,dya akan bangkang lah kan. Kakak mana tak sayang adik kan. Aq syukur sebab ada dua orang kakak. Sorang kakak yang selalu support aq tapi kadang-kadang kami tikam lidah jugak dan sorang lagi kakak yang agak garang dengan aq tapi dalam masa yang sama dya selalu jadi financial advisor aq. TERIMAKASIH KAKAK-KAKAKku.

Dah habis dah kot nak merapu kat sini. Nak keluar dok depan rumah pulak. Next story will coming soon ya.

Wassalam :)

Sunday, May 22, 2011

Bertuahnya Menjadi Wanita

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.

*Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.

Sumber: Bertuahnya Menjadi Wanita | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/bertuahnya-menjadi-wanita/#ixzz1N3qrJVIz

Apa Khabar Wahai Jodohku

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?

Aku berharap seperti itu, Jodohku..

disetiap langkahku dan seusai solatku..

ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..

Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..

nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..

kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..

Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,

Ingatlah sayang..

aku selalu ada untukmu..

Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Sumber: Apa Khabar Wahai Jodohku | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/apa-khabar-jodohku/#ixzz1N3jWW4Le

Wednesday, May 18, 2011

Al-Kisah untuk hari ini

Assalamualaikum

Pagi :
bangun tidoq,kemas bilik,capai towel terus mandi..hari neh aq sorang2 kat rumah..mak ayah tok(panggilan untuk nenek) p ziarah orang meninggal..mak aq pesan suruh masak apa ja yang ada dalam peti sejuk tu ..alright lah kan .. aq kemas kat ruang tamu rumah apa semua..

Tengah Hari :
bila dah bersih apa semua aq p dapur lah..bukak peti sejuk amek daging , ikan halia.. garam kunyit ikan ..tanak nasi..potong daging + kobis = daging masak kicap dgn kobis ..goreng ikan..

Sekarang (1512pm)
tengok cerita MARIMAR dengan mak aq tapi mak aq tidoq..hari neh aq dah pecahkan mangkuk mak aq sebijik.. :( sorry mak

tapi kan naseb baik lah mak aq tak marah.. hihihi ..mak tak marah sebab hari neh semua aq dah siapkan .. hehe .. SELAMAT !

betul lah macam Aunty Nani Rostam cakap , mengemas rumah neh sebenarnya boleh dijadikan terapi tau ..hurmm mungkin neh ja kot yang aq boleh post .. next time aq post lah apa2 lagi .. hehe

Wassalam

Saturday, May 14, 2011

Prebet Lapok (1979) Part 3



really enjoy this movie ! :)

Lepaking's

Assalamualaikum ^_^

cuti sem yang membosankan..taktau apa nak buat kat rumah , nak kerja tapi tak boleh (adalah sebab2 tertentu )..so , dok kat rumah menghabiskan beras.. HAHA !

HARI SABTU (14 MEI 2011) NAK BUAT APA ??

bangun awal2 pagi , mandi2..ambek breakfast apa semua.. masuk baju dalam washing mechine , jemur baju..selesai semua keja.. opsss , lupa pulak .. kemas rumah daa...
lepas habis semua tu,tengok TV dengan kakak aq..hari neh dya cuti..hari neh memang kami tak masak sebab mak dengan ayah p jemputan kenduri..aq dengan kakak makan nasi bungkus ja..actually hari neh sepupu nenek aq meninggal..jom kita samasama sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.. Amin

next activity : me , my ayah , my abang long , my kakak and my adek (my mom is sleeping) ..kami anak beranak spend time together tengok cerita " Prebet Lapok " kat channel 131 Astro Citra ..conclusion daripada cerita neh adalah, cerita neh memang best even aq dah tengok banyak kali..memang tak pernah bosan..cerita tu pasal army dan ada unsur lawak dya..barisan pelakon-pelakon dya memang mantap lah kan..ada A R Badul , Aziz Satar , Tawil .. really enjoy this movie ! :)

tapi my ayah pulak yang tertidur .. hurmmm ...kami 4 beradek bagai nak pecah perut neh tengok cerita tu..ayah pulak tidur .. tak best langsung macam neh ...








ntah macam mana tiba-tiba aq boleh suka pulak lagu kat atas neh ..memang best , aq pun taktau kenapa..layan kan aje..nanti aq masukkan sekali movie tu .. satu part ja lah eh sebab aq share dari YOUTUBE ja ...

nak dijadikan cerita lah kan , 2 3 hari lepas AKAUN FACEBOOK aq neh ada orang pecahkan password dya.. aq nak bukak tak boleh lah kan..naseb baik lah abang aq tau macam mana cara nak pecahkan balik password yang HAMBA ALLAH tu dah buat ..

hurmm , biarlah .. benda dah lepas cakap saja pun tak guna kan .. nak out dah .. nak p jadi baby sitter pulak .. daddaaaaa ! :)

wassalam

Friday, May 6, 2011

:)

assalamualaikum ...

SEBELUM BALIK KEDAH :)

guess what ? my final is overrrrrr .. yeppiiiiiiiiii ! :)
malam neh dah nak balik KEDAH.. malam neh aq balik dengan AMY ( ALMY BAIZURA ) orang KANGAR,PERLIS ...

agak berani lah sikit kan nak balik malam neh .. tak macam malam hari tu, habis duit aq kena songlap atas bus :( .. sangat EXCITED nak balik neh .. dalam kepala neh takda benda lain dah .. nampak rumah ja .. HAHA ! :)

masa jawab PAPER pagi tadi boleh pulak lah kan aq dok berangan nak p SARAWAK .. HAHA ! :) .. sangat teruk lah kan perangai aq ... so , aq dengan budakbudak bilik aq dah planning nak p SARAWAK ..insya-Allah hujung tahun neh lepas FINAL EXAM ..kami pilih hujung tahun sebab NOVEMBER neh aq dengan kawankawan yang lain semua dah habis belajar..HOORRAAYYYYYYYYYYYYYY !

cuti sem neh kena bekerja keras lah sikit kan .. kumpul DUIT ! :)..bestbest ..
1 bulan 1 minggu aq akan stay kat rumah ..WHOA ! sukasuka .. nak cari kerja nak cari kerja .. ehh , dah macam apa dah aq neh ( over excited ) ..

bagbag semua dah full plus baju tak basuh apa semua (KANTOI , BAJU TAK BASUH ) .. dah dekatdekat nak balik neh kan, feel nak basuh baju tu makin DOWN pulak .. untung lahhh dapat balik rumah .. HAHA ! :)

APA NAK BUAT ESOK BILA DAH SAMPAI RUMAH ??

setibanya aq kat rumah subuh esok ( suci ayat aq .. hehe )benda pertama yang aq nak buat adalah TERBUNGKANG ATAS KATIL aq dulu .. haha .. takda lah .. nanti mak aq jerit macam neh .. " yatiiiiiiiiiiiiii !! bangunlah , mandimandi dulu lepaih tu boh baju dalam mesin " .. tu ayatayat yang selalu aq dengar kalau balik rumah ..

benda pertama yang aq kena buat mestilah aq kena keluarkan semua bajubaju aq dari melaka neh masukkan dalam washing mechine kan .. kang satg mak aq bebel pulak .. takmau lah bagi mak aq bebelbebel sebab 8th may neh HARI IBU .. ( kenapa tibatiba rindu mak neh )..

benda kedua nak buat.. kemas rumah dulu ...ruang tamu tu PENTING sebab rumah aq neh boleh dikatakan selalu jugak terima tetamu ..pernah ada satu hari tu,ada tetamu datang pukul 7am .. gila ke apa .. tebeliak biji mata aq .. toleh sebelah , kakak aq tengah sedap tido .. haishh

lepas kemaskemas ruang tamu apa semua, aq nak clearkan sikit kat dapur tu ... memang aq jelajah habis lah kan dapur mak aq tu .. sorry mak ! :) .. esok i conquer dapur u ye mak .. hehe .. tapi yang bestnya lagi sebab akak aq yang kurus melidi ( sekarang dah gemuk sikit dah ) tu ada kat rumah .. dya cuti ..HOHOHO

kakak-kakakku , nantikan kepulanganku yang mulut bising neh ya .. kepada adikku , kakakmu ini ada cerita best punya , confirm kamu suka .. MUAY THAI beb ! :).. adik aq suka sangat dengan benda alah tu ..my abang long pun suka gambar yang bergenre macam tu ..abang long aq tu SPECIAL sangat dalam family kami .. nanti aq cerita detail eh pasal abang long aq tu .. sekali dengan gambargambar dya aq postkan .. :)

ahaaaaa ! teringat satu hal lagi .. aq sampai ja kedah esok , aq nak ajak ayah aq p beli roti canai TERBAIK PUNYA KAT KEPALA BATAIH ! ..roti canai melaka tal sedap .. tak ummphh .. haha ! memandai ja aq neh ..

to my beloved mom and all mom's out there ,
HAPPY MOTHER'S DAY !

to my mom : - mak , i love u more than everything
- you're the best mom in this world
- you give me strenght when i'm down
- i have 3 word for you mom " I LOVE YOU "

WASSALAM ..

Wednesday, April 20, 2011

Let me be me

dalam kamus hidup aq , aq tak pernah buat " list " untuk ganggu kehidupan orang lain..tapi aq dituduh macam tu oleh kawan aq sendiri..sadis kan ??mungkin orang kat luar sana akan cakap kat aq " padanmuka kau " ..

mak aq selalu pesan.. " kita jangan sakitkan hati orang dan jangan sampai orang buat kita jadi musuh " ..aq tak suka nak kacau hidup orang dan tak suka nak gaduh-gaduh tapi ntah la .. ibarat macam ayaq laut jugak . ada pasang ada surut dia .. macam tu jugak lah kehidupan manusia neh ..

sekarang neh aq dalam minggu EXAM , nak kata busy tu takda lah sangat dan nak kata aq study tu takda lah study sangat ..alhamdulillah 3 paper dah selesai ada lagi 2 paper sebelum aq angkat bag balik kedah ..aq rasa dah lari dari tajuk neh .. ( lantaklah )

13 jun 2011 aq kena buat registration untuk sem baru dah .. sem baru ?? hurmm sekarang neh sem 5 , naik ja sem baru aq dah sem 6 ..so fast ! lepas tu ada lagi satu semester untuk aq habiskan pengajian aq then semester 8 aq dah praktikal .. Ya Allah cepatnya masa berlalu ..

kalau dah 13 jun aq dah kena register,bermakna aq kena balik melaka dalam 9 atau 10 jun .. Ya Allah , singkat sangat cuti kali neh .. 12 jun birthday ayah aq .. 20 jun birthday mak aq (tak sempat nak celebrate kat rumah dgn mak ayah )..

terus terang aq cakap , neh lah kali pertama aq update blog ditemani air mata penyesalan seorang anak perempuan yang tak mampu menjadi anak yang terbaik untuk mak ayah aq ...

" Ya Allah , aq tak mampu menjadi anak yang baik .. wahai ibuku , ampunkan segala dosa-dosa anakmu ini kerana anak yang bernama NOR ZURIATI ini banyak memberi kesakitan kepadamu bukannya kesenangan " ..terlalu banyak dosaku dengan ibuku ..siang malam aq mengerjakan solat memohon ampun dan berdoa tapi aq sendiri tak pasti samada Allah menerima ampun dan doaku ..

aq sedar dengan perubahan neh dan berusaha untuk berubah dan alhamdulillah aq tak sejahil dulu .. berkat doa mak ayah aq , aq berubah sekarang dan aq merasakan perubahan yang terjadi kepasa diriku neh ..aq takot dengan azab Allah s.w.t dan sebelum pintu taubat tertutup rapat , lebih baik aq merubah diriku neh.. mengerjakan semua perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya ..

dan aq tau saat neh mak aq sedang menunggu kepulangan aq ..menunggu dengan penuh kesabaran dan kesetiaan .. begitu juga ayah aq .. semestinya ayah aq melonjak kegembiraan tatkala mendengar berita kepulanganku .. aq sendiri tak sabar untuk pulang kerana aq rindukan kehangatan kasih sayang mak dan ayah .. rindukan peluk cium mereka ..

aq ingat lagi , masa tu mak aq tengah sakit.. semua pergerakkan mak aq kena ada yang bantu .. masa tu aq tengah mandikan mak aq tiba-tiba mak aq cakap macam neh .. " satu hari nanti kalau cheq dok jauh dari mak, tiba-tiba ayah abang atau kakak call bagitau yang mak dah meninggal lepas tu cheq takdan nak mandikan jenazah mak, cheq jangan rasa menyesai tau sebab sekarang neh pun cheq dah mandikan mak " ( makin laju airmata aq ) .......

masa SPM dulu , kalau tak silap aq , masa tu aq ada paper math ...sebelum aq turun dari kereta , aq salam , cium tangan ayah dan kucup pipi ayah aq dulu kemudian ayah aq usap kepala aq ..lepas aq turun dari kereta , ayah pun buat U-TURN ..masa tu aq ingat ayah nak terus balik rumah tapi aq silap .. ayah tunggu depan pintu pagar sekolah sampai lah aq habis jawab exam ..

Ya Allah , apa lagi yang aq mahukan aq pun taktau sedangkan aq dah punya dua harta bernilai dalam hidup aq .. harta yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat BERNILAI dan tak kan ada yang mampu menggantikannya .. susah senang kami bersama ..

apapun yang jadi lepas neh , biarlah aq dengan mereka saja .. hanya MAK AYAH dan AQ .. let me be me

wassalam ..

Monday, April 18, 2011

- 28/04/11

Thursday

ESD2013 - Organisational Behaviour : Social Science Perspective (DECED)

02:30 PM - 05:30 PM


- 29/04/11

Friday

MPW1133 - Pengajian Malaysia

03:00 PM - 06:00 PM


- 30/04/11

Saturday

BGD2053 - Human Resource Management

09:00 AM - 12:00 PM


- 03/05/11

Tuesday

EPD2083 - Pengurusan dan Keusahawanan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

09:00 AM - 12:00 PM


- 06/05/11

Friday

EPD1043 - Pengurusan Kesihatan,keselamatan dan Pemakanan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

09:00 AM - 12:00 PM


- 08/05/11

Sunday

UKD2031 - Khidmat Masyarakat (Community Service)

01:15 AM - 01:30 PM

hye , assalamualaikum ..

mesti heran kan apa benda lah yang aq post kat atas tu .. hehehe , acctually tu jadual final exam aq ..selama seminggu aq kena setia kat best boyfriend iaitu En.NOTA2 dan kami akan berdating dalam EXAM HALL .. i like ! :)

minggu neh rasa kosong sikit , taktau kenapa ..actually sekarang aq ada kat rumah (kedah)..memang heaven lah kan kalau dah boleh "lepak" kat rumah ..makan pun up sikit ..kalau kat hostel makan pun tak tentu , kalau kat rumah , ahahaha ! jangan cakap lah kan .. sebut ja nak makan apa , mak aq tunaikan (jangan salah paham ya , aq tolong mak aq jugak tau ).. terimakasih makkk ! i love u ..

dah berapa hari dah aq tak update blog aq neh ..nak tau kenapa ?? sebab aq kekeringan idea tapi hari neh aq ada benda yang nak aq story kat hampa ( korang ) ..
ada satu malam tu , aq mimpi menyusukan bayi(putih bersih + comel gila2 kentang).. malam kedua ,aq mimpi mengandung dan dalam masa yang sama aq pegang tangan sorang budak kecil (dalam lingkungan 2 , 3 tahun mcm tu lah)..malam ketiga pulak mimpi yang sama macam malam yang 1st tu .. haishhh

esok paginya , terus call mak aq then aq cerita lah dari A-Z ...memang bnyak lah gangguan yang aq kena belakangan neh ..bila aq nak tidoq aq rasa macam gayat ..aq cerita lah kat kawan aq then dya suruh aq cari TAFSIRAN MIMPI DALAM ISLAM ..aq pun search lah dalam internet makna2 mimpi aq tu ..nak tahu apa makna mimpi aq tu ?? okay , kalau mimpi menyusukan bayi maknanya ada orang nak hantar sihir kat kita dan kalau mimpi mengandung pulak , ada " benda ' dalam badan kita .. cuak jugak lah kan sebab sebelum neh aq tak penah mimpi macam tu ..

kebetulan pulak sekarang neh ada kat rumah kan ..insya-Allah hari khamis neh mak ayah aq nak bawak aq p jumpa sorang ustaz kat Padang Sera ( kat rumah besan mak ayah aq ), mungkin setengah orang akan fikir benda2 neh macam merepek dan mungkin akan beranggapan yang pemikiran aq neh kolot ..terpulang lah sebab tu semua pemikiran individu ..

dulu memang kurang percaya benda2 macam neh tapi lepas mak aq sakit terkena buatan orang selama 4 bulan terus aq percaya sebab orang2 yang suka menggunakan sihir2 apa semua neh , dorg bukannya bertuhankan ALLAH s.w.t tapi dorg bertuhankan syaitan laknatullah ..aq pun penah kena ganggu kat hostel ..iyalah , sekarang neh kan musim student nak exam so "dya" pun ada lah .. - THE END -

Friday, April 8, 2011

What happen to me ?

Assalamualaikum all ..... buzz !

Lama dah tak update blog2 neh. Well , besa lah ..student lah katakan. Busy all time. So , memandangkan hari neh aq free , boleh lah nak update apa yang jadi kat aq dalam minggu neh kan. ( ouch ! kenapa mengada-ngada sangat ayat2 aq neh , hurmmm .. whateverrr ! )

Alhamdulillah semua assignment , mid-term test and quiz have been done ! . Satu class dah habis semalam ( pengurusan keusahawanan pendidikan awal kanak-kanak ). Lepas neh just nak tunggu masuk exam hall ja. 13 April neh aq nak balik rumah ( kedah ) till 22nd April. Lama jugak kan aq cuti ?. Hurmm , tak kesah lah kan. Last aq balik rumah masa cuti Chinese New Year hari tu. Memang lama lah kan aq tak balik. Miss my parents , my granny , my siblings ( even my abang long has come to malacca a few weeks ago ) but i still miss them.

What happen to me in this week ?? Bosan nak cerita tapi aq cerita ja lah. Minggu neh class agak padat. Minggu neh jugak lah nak kena siapkan ASSIGNMENT ! PADANMUKA ! (padah kepada orang yang suka tangguh2 assignmet ) tapi alhamdulillah siap jugak dan dah SUBMIT pun ! :)

Minggu neh over-excited sikit sebab tak sabar nak tunggu minggu depan. GO BACK HOME !! yeppiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !! . Opssss ! terlebih sudaa .. ahaha ! Banyak sangatlah yang jadi kat aq minggu neh. Walaubagaimana pun , apa yang terjadi tu , jadikanlah sebagai petunjuk agar kita tak tersilap langkah lagi. Beware !

Hari tu kan , aq dengan budak2 bilik aq semua keluar. Saja2 sebab bosan terperap dalam “ hotel” A2-15 tu. Nak dijadikan cerita lah kan , aq tersedar yang zip seluar aq terbukak. Ya Allah , time tu sumpah aq malu. Nasib baik lah baju aq labuh kan , boleh lah cover malu sikit. Malu betul aq time tu.

Ada satu hari tu pulak kan , aq teman senior aq p Duyung ( nama tempat kat melaka ) kenduri rumah kawan dia. Masa nak balik tu aq rasa nak terkincit pulak. Haishhh , masa kat rumah tu tak gatal pulak rasa nak terkincit. Then , aq suruh lah kwan senior aq tu STOP kat mana2 stesen minyak kan sebab time tu memang dah tak tahan sangat dah plus dengan air-cond dalam kereta tu lagi. Last2 jumpa jugak PETRONAS. Aq pun cepat2 turun kereta tanpa toleh tengok sign-board kat TOILET tu. Aq main redah masuk ja. Masa aq keluar dari TOILET tu , aq rasa pelik berbinti kan hairan tau. Kenapa dalam TOILET PEREMPUAN ada tempat pipis laki.... Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ! cheq silap masuk TOILET ! ahahahahaha ! 20 tahun aq hidup atas muka bumi neh , neh lah 1st time jadi macam tu. Insya-Allah lepas neh tak kan jadi macam tu lagi dah . MALU !

Takda apa dah kot aq nak story kat sini. Nanti kalau ada apa2 lagi , aq update eh ..

Wassalam

Wednesday, March 23, 2011

My Mom and Dad Anniversary !


.. mak , ayah
happy anniversary yang ke-34
(bersamaan 23 Mac 1977/2011)
semoga dilindungi Allah
kekal bersama hingga ke akhir hayat
bahagia selalu ..

love you !

muuuuaaahhhhhhx !

Saturday, March 12, 2011

so sweet ..

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..

Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!



-copy n paste dari note kwn ..

note neh original okay , takda tokok tambah ..