Thursday, July 28, 2011

Final exam is Coming

Assalamualaikum guys :)

Final exam muncul kembali tapi mood nak study tak mari lagi.. Amacam, terbaik kan aq ? Buku apa pun aq tak sentuh lagi. Bukan malas tapi kurang sihat sebab tu aq tak prepare apa apa lagi pun. "Apa pun tak boleh ".



Line broadband neh pun terkelip kelip. Please be nice with me Mr.Broadband. Hidung pun dah tersumbat, mata berair, tekak pun sakit plus perit gila lah. Ini dinamakan, demam exam. Halahhhh, bosan dah neh, taktau nak mengepoh apa lagi dah. Wish me luck okay ! :)

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

wassalam ^_^

Wednesday, July 27, 2011

Abang Tahniah !

Assalamualaikum peeps !

Hari neh aq nak share something dengan anda anda semua. Berita yang menggembirakan buat kami sekeluarga. Abang aq yang kerja dengan Air force tu dah terpilih untuk ke Lubnan untuk misi Malcolm. Insya-Allah, bulan 10 neh abang aq akan berangkat. Doakan semuanya selamat lah ya. Kesian Iqbal, nanti nak kena tinggal dengan abah dia. Alolo, kesiannya dia



By the way, i'm proud of you bro. Aq tak jadi askar pun takpa lah. Neh ja yang aq nak pesan kat kau abang :

  • laksanakan tugas yang amanahkan dengan sebaik mungkin
  • jangan lupa laksanakan tanggungjawab kau kat Allah
  • jaga nama baik keluarga
  • selamat pergi dan selamat pulang
Sebelum kau pergi nanti, aq nak peluk kau puas puas abang. Kami semua akan sentiasa menyokong dan mendoakan kau. Secara automatik plan aq dengan abang aq nak ke Masjid India dengan Sogo dibatalkan, memandangkan sekarang neh abang aq tengah menjalani latihan di Bukit Jugra. Minggu depan ada latihan di "Malbatt Village", mungkin latihan tu dijalankan untuk menyesuaikan diri anggota anggota semasa di sana.

Jumpa raya nanti okay. Teruskan latihan kau, jangan tension tension. Everything gonna be fine ! Insya-Allah

That's all for today.
wassalam

Monday, July 25, 2011

Abang Abang Saya :)

Assalamualaikum guys :)

Ingat tak masa entri yang lepas aq pernah cakap yang aq akan story pasal abang aq. Okay, sekarang aq akan tunaikan apa yang aq cakap hari tu. Aq ada 3 orang abang dan sorang abang angkat (anak angkat ayah aq), means, aq ada 4 orang abang. Tapi entri kali neh, aq nak cerita pasal abang aq yang sorang neh ja. Yang abang lain takmau.

  • Abang aq yang sulung, nama dia Khairul Ismadi Ismail. Lahir pada tanggal 18 November 1977. Btw, abang aq neh ada kembar tapi meninggal masa usia dia 1 bulan kalau tak silap aq. Nama kembar dia Khairul Rizal. Sedap nama tu. Teringin nak tengok abang Rizal, Insya-Allah di syurga kelak. Amin. Nama panggilan untuk abang aq neh, abang long. Abang long neh belum kahwin, dia cakap dia izinkan adek adek dia kahwin dulu. Okay, abang long neh abang yang special sangat, gifted, dimata aq dia seorang yang beriman. Setiap kali aq nak balik ke Melaka, dia mesti pesan kat aq supaya jangan tinggal solat, jaga diri elok elok kat tempat orang. Terima kasih along atas pesanan tu. Aq akan sentiasa ingat pesanan tu kemana ja aq pergi. Straight to the point, abang long sebenarnya sorang atlet Paralimpik Malaysia. Mungkin ramai yang taktau apa itu Paralimpik. Paralimpik tu adalah sukan untuk atlet atlet Kurang Upaya atau OKU. Yes, abang long aq atlet OKU.
  • Kita sedia maklum yang golongan sebegini kurang diterima di mata umum. Secara jujur aq katakan, aq sendiri dulu tak dapat terima abang long. Sebab apa ? jawapan dia sebab aq malu. Memang bodoh gila masa tu. Malu nak mengakui abang sendiri. bodoh kan ? kalau ahli keluarga sendiri tak boleh terima kehadiran ahli keluarga yang sebegitu apatah lagi orang luar. So, aq nak pesan kat sini, sesiapa yang ada ahli keluarga macam abang long aq, terima lah mereka dengan penuh terbuka kerana mereka lebih mulia disisi Allah berbanding kita.
  • Abang long pernah mewakili Malaysia untuk sukan antarabangsa sebanyak 3 kali iaitu di Korea, Vietnam dan Thailand. Untuk kejohanan antarabangsa di Malaysia sendiri sebanyak 2 kali. Alhamdulillah semua pencapaian yang diperoleh adalah membanggakan. Untuk kejohanan olahraga yang diadakan di dalam Malaysia memang tak terkira dengan jari aq. Memang banyak sangat. Dekat rumah aq tu, dalam satu almari kaca penuh dengan trofi dan medal yang dia dapat. Abang aq pernah menerima anugerah Olahragawan terbaik Negeri Kedah.
  • Alhamdulillah, sekarang aq boleh menerima abang aq sepenuhnya. Aq dah tak malu nak jalan dengan dia di khalayak ramai. Pernah sekali dia ada game kat Melaka. Tak kan lah aq tak p tengok dia kan. So, aq cari dia kat Stadium Hang Jebat and finally, aq dapat juga peluk abang aq sebab masa tu 4 bulan aq tak balik rumah. Terikat dengan study, cuti sem baru dapat balik. Kali kedua abang aq datang Melaka masa dia ada kursus apa entah, masa tu lah aq kenalkan my special brother kat kawan kawan aq.
Apa lagi eh yang aq nak cerita kat sini ? hurm, dah habis kot. Nanti kalau ada apa apa story lagi, aq akan share kat sini.

wassalam

Saturday, July 23, 2011

Saya suda jadi pelajar tahun akhir :)

Assalamualaikum bloggers :)


  • Malam neh aq bosan sangat dan tak tahu nak buat apa lagi dah. Assignment semuanya dah dihantar. Wahh, dengan bangganya memberitahu. :) . Tinggal lagi 2 minggu saja lagi untuk aq habiskan sesi pengajian aq untuk semester 6 neh. 1st dan 2nd Ogos aq bakal menduduki peperiksaan akhir dan bermula 5 Ogos aq akan menghabiskan seluruh cuti sem aq bersama dengan keluarga aq di kampung.

  • Aq pelajar tahun akhir jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak, fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, matriks number YM0970974 bakal menamatkan sesi pengajian pada Disember 2011. Hurmm, sekejap ja masa berlalu. Pejam celik pejam celik nak habis dah aq belajar kat Melaka neh.

  • Mesti sedih kan bila dah hujung hujung nanti ? tsk tsk tsk. Aq takmau post panjang panjang sebab dah kekurangan idea neh. Nanti bila ada idea, aq akan postkan untuk entri yang akan datang :)

Wassalam
Selamat beristirehat bloggers ! :)

Friday, July 22, 2011

Sesi soal jawab dengan reporter tak bertauliah

Assalamualaikum peeps ! ^_^

Tengah buat apa ?

Okay, sekarang neh aq tengah siapkan assignment yang telah di REJECT oleh Madam Mazlinah. Account FB aq dah close, that mean selagi assignment tak siap account FB tak boleh di buka.

Apa perasaan bila assignment di REJECT ?
Alahh, bukannya Madam reject mentah mentah. Petang tadi aq dah hantar, nak suruh Madam semak dulu if ada yang kurang boleh aq betulkan. Sekarang neh aq tengah " make-up " kan sikit assignment neh.

Lagi berapa hari nak final exam ?
Final exam ?? hurmmm, lagi 2 minggu. 1st-2nd August 2011.

Dah prepare nak final exam ?
Belum.

Kenapa belum ?
Sebab masih banyak lagi yang perlu difahami dan kena buat banyak revision.

Dah ready nak sambut puasa dan solat tarawikh?
Insya-Allah, dah ready. Boleh buat tarawikh kat rumah dengan mak dan ayah.

Baju raya berapa pasang ?
kejap kejap nak bilang. Baju kurung kat rumah tailor 2 pasang. Jubah ready made kat kedai sepasang.

Agak agak assignment Madam Mazlinah tu bila boleh siap ?
Okay okay, nak sambung buat balik lah neh.

Wassalam..
Have a goodnight guys ! ^_^

Monday, July 18, 2011

Joyfull Day

Assalamualaikum, hallo guys ! :)


Wahhh, tak lama ja lagi Ramadhan bakal tiba
so kepada sesiapa yang belum menggantikan puasa yang ditinggalkan tahun lepas tu cepat cepat lah gantikan ya. Aq suka gila tahun neh sebab aq boleh puasa penuh dengan family aq kat rumah. Ikut perancangan, aq habis paper 2nd August 2011. 1st planning nak balik 26th August 2011 sebab aq nak p shopping shopping dulu dengan abang aq kat Masjid India tapi abang aq terpaksa cancel kan plan kami tu sebab abang aq ada latihan kat Bukit Jugra so aq percepatkan tarikh tu pada 11th August 2011 tapi tu semua tak boleh pakai jugak, last last aq tukar tarikh lagi, 5th August 2011. Kali neh confirm dan insya-Allah minggu depan aq nak p beli ticket. Whoooh ! i'm so excited to go back home. I'm coming home i'm coming home tell the world that i'm coming home. Okay okay, back to main topic. Barbeque night ! awesome :)


16th August 2011 ! akhirnya, jadi jugak plan Jawatankuasa Tertinggi Asrama (JTA) dan AJK AJK asrama siswi Batu Berendam untuk mengadakan Malam Gala Muhibbah 2011. Awal awal pagi Pengarah, Timb.Pengarah, Bendahari dan AJK AJK kecil ke
market nak cari ayam dan barang barang yang sewaktu dengannya. Aq dengan Kak Ekin sebagai AJK Aktiviti, so kami berdua kena plan semua aktiviti untuk hari tu. Bukan kami berdua ja, bawah kami ada lagi junior dua tiga orang yang bantu. Thanks Prema, Yogi and the gang sebab banyak tolong akak. :)


Untuk acara sebelah petang, kami berpoco poco dulu. Nak panaskan badan sebelum main game yang lain. Antara game game yang di anjurkan adalah tiup tepung (dalam tepung ada garam), boling kelapa, isi air dalam botol, lambung belon yang ada air. Lebihan tepung tu kita orang baling lah kat sesama kita orang.. Best whooh bila junior junior turun padang semuka dengan senior senior. Lagipun sem depan dah last sem kami semua senior senior, tinggal lah junior junior yang bakal mewarisi kami kami neh. Tsk tsk tsk (sedih lah pulak)







Thats all for today guys !
Have a nice day
-wassalam-

Monday, July 4, 2011

Dialek Sarawak

Assalamualaikum guys ! kali neh aq nak share mengenai Dialek Sarawak <3

Selamat Belajar ! :)

Dialek Sarawak atau Bahasa Melayu Sarawak ialah bahasa daerah yang digunakan oleh penduduk yang berbangsa melayu di Sarawak dalam kehidupan seharian. Di mana dialek ini banyak dipengaruhi oleh Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan Bahasa suku-suku di Filipina. Ia juga mempunyai beberapa persamaan dengan Bahasa Melayu Brunei serta Bahasa Melayu Pontianak yang dipertuturkan di Kalimantan.


Contoh

Berikut adalah beberapa perkataan di dalam dialek Sarawak :

Kamek

Kamek bermaksud saya di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek ada kereta" bermaksud "Saya ada kereta".

Kata "Kamek" adalah ungkapan halus yang biasa diucapkan oleh anak-anak terhadap orang yang lebih tua.

Kata "Saya" juga sama halusnya dengan kata "Kamek". Jika "Kamek" umumnya digunakan terhadap sesama keluarga dan orang terdekat dengan kita, tetapi tak terlalu sesuai digunakan terhadap orang yang baru kita kenal. Misalkan dengan orang yang kita berurusan bertemu di atas Bas. Sedangkan kata "Saya" biasa digunakan terhadap keluarga dan orang terdekat dan orang yang telah lama kita kenal, dan juga sesuai dan layak saja jika kita gunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang baru kita kenal.

Kata ini juga umumnya dipakai di Kalimantan Barat, misalkan pada Bahasa Melayu Logat Pontianak dan Logat Mempawah, dan logat lainnya yang ada di Kalimantan Barat

Kitak

Kitak bermaksud awak di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kitak ada kereta" bermaksud "Awak ada kereta".

Di dalam Bahasa Melayu Logat Kalimantan Barat (Logat Pontaianak dan Logat Mempawah misalkan), kata "Kitak" bererti kalian. Sedangkan awak=kau=anda

Molah

Molah bermaksud buat di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek gik molah kerja" bermaksud "Saya sedang buat kerja".

Sik

Sik bermaksud tidak di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek sik tauk" bermaksud :Saya tidak tahu".

Selain daripada itu terdapat banyak perkataan dalam bahasa sarawak yang terlalu jauh bunyinya daripada bahasa Malaysia. Contohnya;

  • Kenak = Kenapa
  • Kenak = Kena
  • Tangga = Tenguk/Lihat
  • Diat = Lihat/Tengok
  • Tunggah = Panggil
  • Padah = Beritahu
  • Engkah = Letak
  • Embak = Bawa
  • Mikik = Baiki
  • Kepak = Penat
  • Nekik = Daki
  • Tempek = Tampal,(sama maksud 'tepek' bgi longat kelantan)
  • Lonjong = Panjang
  • Asuk = Anjing
  • Pusak = Kucing
  • Manok = Ayam
  • ...indah = 'pengguat ayat' contohnya; pande sakit indah bila urang nyurohnya belaja. maksudnya, sakitlah pula apabila saya menyuruh dia belajar.
  • Geruk = Leher
  • Tengok(bukan sebutan tengok=lihat) = lihat dalam-dalam
  • plente = Bergurau
  • Pebulak = Penipu
  • Berolah = Nakal
  • Sinun = Sana / Situ (nun disinun = nun di sana)
  • Sitok = Sini (di sitok = di sini)
  • Tapak = Pinggan
  • Cangkir = Cawan
  • Kedak = macam (polah kedak tok juak = buat macam ni juga)
  • Polah = buat / lakukan
  • Dibah = Di bawah
  • Semangka = Tembikai
  • Gerek = Kekasih (Azura ya gerek Zaid = Azura tu kekasih Zaid)
  • Pusuk = Ikan Bilis

Terdapat juga bahasa melayu sarawak yang digunakan oleh orang-orang tua sarawak terutamnaya di Bahagian Kuching. Seperti:

  • Ladin = Pisau
  • Lang = Pintu
  • Sukut = sisi
  • Pagu = Para
  • Telok = Bilik
  • Diniari = Subuh
  • Pagi awal = Awal pagi
  • Gadong = Hijau
  • Kalas = Merah jambu
  • Ngkodok = Ungu
  • Minyak = cuma
  • Ngetor = Jalan-jalan (TOUR)

Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Sarawak belum termasuk kata nama, kata sifat, kata kerja, kata soal serta nahu-nahu yang perlu kita tahu dalam mempelajari Bahasa Sarawak.


Sumber : wikipedia.com

Wassalam

^_^