Saturday, August 20, 2011

End of my story

Assalamualaikum peeps

Aku rasa dah lama sangat aku tak
update apa-apa kat blog neh. *sigh*. So sweet to be single right? Kenapa aku single kembali? Sebab aku nak bagi tumpuan untuk diri aku neh. Sem depan dah sem akhir aku, aku kena usaha lebih, aku tak boleh sia-siakan duit ringgit yang mak ayah aku dah habiskan untuk aku selama neh.

Sebab aku nak
dia tumpukan sepenuh perhatian untuk family dia. Dia jadi ketua keluarga selepas ayah dia kembali ke Rahmatullah. Aku nak dia puaskan hati mak dia, itu yang paling utama. Ketepikan teman wanita kau, utamakan mak kau dulu. Tu yang aku cakap pada dia. Menyesal? Tak menyesal pun, malah aku rasa puas dengan tindakan aku. Aku tau dia banyak berubah sebab aku, tapi kalau iya pun, janganlah sebab aku. Berubahlah kerana Allah Taala. Itu yang sebaiknya

Status
facebook aku "Selamat tinggal dunia percintaan.. So sweet to be single.. Ooyeaahhhh ! :)". Perjalanan hidup aku panjang lagi. Banyak lagi yang aku kena tempuh. Hurmm, aku tak mahu bercakap panjang tentang hal neh, lagipun takda sesiapa yang suruh aku bercinta bagai tapi aku nak share lah kat sini ciri-ciri lelaki yang aku inginkan.

Ciri-ciri berikut adalah :
  • Lelaki soleh -boleh bimbing aku dalam agama dan bimbing aku mencari keredhaan Allah
  • Lelaki yang pandai membaca Kalam suci Allah s.w.t
  • Lelaki yang lemah lembut, cantik budi bahasa
  • Lelaki yang tenang apabila berbicara dengan teman hidupnya dan orang sekeliling
  • Lelaki penyabar
  • Lelaki penyayang
  • Lelaki yang suka berjemaah ke Masjid
  • Lelaki yang mahu menjadi Imam sewaktu solat bersama anak-anak dan isterinya
  • Lelaki yang tak pernah meninggalkan solat Jumaat
  • Lelaki yang tidak MEROKOK
Insya-Allah, semoga Allah kurniakan lelaki yang ini kepadaku. Tapi layakkah aku mendapat lelaki seperti ini? Sesungguhnya, hanya Allah yang Lebih Mengetahui.

Wassalam