Monday, May 30, 2011

Merapu di petang hari

Assalamualaikum ..

Cuti sem tak lama ja lagi nak habis jadi aq pun kenalah ready awal sikit. Bukan apa,takot nanti kalut. Kena kemas luggage awal sikit sebab takot nanti ada barang yang tertinggal. Nak bawak balik baju sikit ja sebab sem depan adalah sem pendek,tempoh pengajian aq pun 2 bulan ja. Berdasarkan jadual final exam sem depan yang aq dah tengok hari tu,aq dijadualkan akan menduduki final tanggal 2 Ogos 2011 bersamaan hari Selasa pukul 9am-12noon.

Dalam hati neh syok tak kira lah kan sebab masa tu bulan Ramadhan. Tak payah lah aq nak kalut-kalut nak prepare untuk bukak posa dengan kawan-kawan kat hostel sebab masing-masing dah ada dengan family. Kalau bukak posa kat rumah memang takda tahap maksimum lah keseronokkan dia tu. For sure,rumah aq akan bertukar menjadi PASAR BORONG. Insya-Allah,panjang umur kita akan bertemu di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Ada lagi satu benda yang best yang aq tak sabar nak tunggu masa bulan Ramadhan tu nanti. Ala , korang pun tahu kan??dalam banyak-banyak bulan yang ada dalam kalendar islam,benda tu hanya ada dalam bulan Ramadhan ja. Kalau tanya budak-budak pun dorang tahu. Tak lain dan tidak bukan mesti lah solat tarawikh yang aq tunggu-tunggu. Tahun lepas aq sempat buat 3 malam ja rumah sebab yang selebihnya aq kat melaka lagi masa tu.

Sebenarnya aq bukan nak cakap pasal bulan Ramadhan tapi aq nak cakap tentang apa yang aq fikir masa aq tengah masak tengah hari tadi. Masa aq tengah jalan nak p ambil barang dalam peti sejuk tiba-tiba aq terfikir tentang tanggungjawab seorang WANITA. Tok aq pernah cakap, " orang pompuan neh,tak keqa lah qeja dya besaq mana pun , jawatan dya tinggi bqapa lapeh skali pun tapi bila dya dah menikah,tugaih dya tetap kat ceqok dapoq ". Kena masak untuk suami dan anak-anak,kena mengemas seluruh ruang rumah to make sure takda sebesar zarah pun habuk-habuk. Bila weekend pulak confirm lah tak boleh dok diam kan. Rumah mesti nak berkilat bercahaya punya,carpet nak kena vacum,nak mop lantai lah,senang cakap seluruh isi rumah kena bersih bukan apa mana tau tiba-tiba family-family semua nak LEPAKING'S kat rumah ke kan.

Tapi bila fikirkan balik memang berat jugak lah tugas orang perempuan neh,memang tak menang tangan. Macam-macam nak kena handle. Taraf kehidupan pun meningkat bila dah berumahtangga. Nak kena bayar bil elektrik lah,bil air lah,astro lah,kalau dah berlaki bini tak kan tak pakai kereta kan?? haaaa,nak bayar duit kereta lagi lah. Macam aq neh,nak bayar kat PTPTN lagi bulan-bulan,bak kata mak aq lah " duit mengalir macam air ". Lain lah kalau dapat suami yang hartawan kan. Neh contoh dialog aq dengan laki aq. " bang,bak Rm20 ribu,nak p settle duit PTPTN yang ayang pinjam masa belajar kat KYM dulu " .dengan senang hatinya laki aq bagi Rm20 ribu bayar PTPTN ( sapa lah laki "bertuah" tu agaknya eh ?). Nah hamek kau senah,seketul aq bagi kat kerani kewangan PTPTN tu. HAHA !

Entah apa lah yang aq merepek kat situ. Sekali fikir macam best pulak bila kawen,( apa yang best aq pun taktau ). Kalau kakak aq baca apa yang aq post kat sini confirm lah kan aq kena dengan dya. Kakak aq tu supportive tapi kalau dya rasa tindakan yang aq buat tu macam tak betul,dya akan bangkang lah kan. Kakak mana tak sayang adik kan. Aq syukur sebab ada dua orang kakak. Sorang kakak yang selalu support aq tapi kadang-kadang kami tikam lidah jugak dan sorang lagi kakak yang agak garang dengan aq tapi dalam masa yang sama dya selalu jadi financial advisor aq. TERIMAKASIH KAKAK-KAKAKku.

Dah habis dah kot nak merapu kat sini. Nak keluar dok depan rumah pulak. Next story will coming soon ya.

Wassalam :)

Sunday, May 22, 2011

Bertuahnya Menjadi Wanita

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.

*Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.

Sumber: Bertuahnya Menjadi Wanita | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/bertuahnya-menjadi-wanita/#ixzz1N3qrJVIz

Apa Khabar Wahai Jodohku

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?

Aku berharap seperti itu, Jodohku..

disetiap langkahku dan seusai solatku..

ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..

Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..

nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..

kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..

Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,

Ingatlah sayang..

aku selalu ada untukmu..

Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Sumber: Apa Khabar Wahai Jodohku | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/apa-khabar-jodohku/#ixzz1N3jWW4Le

Wednesday, May 18, 2011

Al-Kisah untuk hari ini

Assalamualaikum

Pagi :
bangun tidoq,kemas bilik,capai towel terus mandi..hari neh aq sorang2 kat rumah..mak ayah tok(panggilan untuk nenek) p ziarah orang meninggal..mak aq pesan suruh masak apa ja yang ada dalam peti sejuk tu ..alright lah kan .. aq kemas kat ruang tamu rumah apa semua..

Tengah Hari :
bila dah bersih apa semua aq p dapur lah..bukak peti sejuk amek daging , ikan halia.. garam kunyit ikan ..tanak nasi..potong daging + kobis = daging masak kicap dgn kobis ..goreng ikan..

Sekarang (1512pm)
tengok cerita MARIMAR dengan mak aq tapi mak aq tidoq..hari neh aq dah pecahkan mangkuk mak aq sebijik.. :( sorry mak

tapi kan naseb baik lah mak aq tak marah.. hihihi ..mak tak marah sebab hari neh semua aq dah siapkan .. hehe .. SELAMAT !

betul lah macam Aunty Nani Rostam cakap , mengemas rumah neh sebenarnya boleh dijadikan terapi tau ..hurmm mungkin neh ja kot yang aq boleh post .. next time aq post lah apa2 lagi .. hehe

Wassalam

Saturday, May 14, 2011

Prebet Lapok (1979) Part 3



really enjoy this movie ! :)

Lepaking's

Assalamualaikum ^_^

cuti sem yang membosankan..taktau apa nak buat kat rumah , nak kerja tapi tak boleh (adalah sebab2 tertentu )..so , dok kat rumah menghabiskan beras.. HAHA !

HARI SABTU (14 MEI 2011) NAK BUAT APA ??

bangun awal2 pagi , mandi2..ambek breakfast apa semua.. masuk baju dalam washing mechine , jemur baju..selesai semua keja.. opsss , lupa pulak .. kemas rumah daa...
lepas habis semua tu,tengok TV dengan kakak aq..hari neh dya cuti..hari neh memang kami tak masak sebab mak dengan ayah p jemputan kenduri..aq dengan kakak makan nasi bungkus ja..actually hari neh sepupu nenek aq meninggal..jom kita samasama sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.. Amin

next activity : me , my ayah , my abang long , my kakak and my adek (my mom is sleeping) ..kami anak beranak spend time together tengok cerita " Prebet Lapok " kat channel 131 Astro Citra ..conclusion daripada cerita neh adalah, cerita neh memang best even aq dah tengok banyak kali..memang tak pernah bosan..cerita tu pasal army dan ada unsur lawak dya..barisan pelakon-pelakon dya memang mantap lah kan..ada A R Badul , Aziz Satar , Tawil .. really enjoy this movie ! :)

tapi my ayah pulak yang tertidur .. hurmmm ...kami 4 beradek bagai nak pecah perut neh tengok cerita tu..ayah pulak tidur .. tak best langsung macam neh ...








ntah macam mana tiba-tiba aq boleh suka pulak lagu kat atas neh ..memang best , aq pun taktau kenapa..layan kan aje..nanti aq masukkan sekali movie tu .. satu part ja lah eh sebab aq share dari YOUTUBE ja ...

nak dijadikan cerita lah kan , 2 3 hari lepas AKAUN FACEBOOK aq neh ada orang pecahkan password dya.. aq nak bukak tak boleh lah kan..naseb baik lah abang aq tau macam mana cara nak pecahkan balik password yang HAMBA ALLAH tu dah buat ..

hurmm , biarlah .. benda dah lepas cakap saja pun tak guna kan .. nak out dah .. nak p jadi baby sitter pulak .. daddaaaaa ! :)

wassalam

Friday, May 6, 2011

:)

assalamualaikum ...

SEBELUM BALIK KEDAH :)

guess what ? my final is overrrrrr .. yeppiiiiiiiiii ! :)
malam neh dah nak balik KEDAH.. malam neh aq balik dengan AMY ( ALMY BAIZURA ) orang KANGAR,PERLIS ...

agak berani lah sikit kan nak balik malam neh .. tak macam malam hari tu, habis duit aq kena songlap atas bus :( .. sangat EXCITED nak balik neh .. dalam kepala neh takda benda lain dah .. nampak rumah ja .. HAHA ! :)

masa jawab PAPER pagi tadi boleh pulak lah kan aq dok berangan nak p SARAWAK .. HAHA ! :) .. sangat teruk lah kan perangai aq ... so , aq dengan budakbudak bilik aq dah planning nak p SARAWAK ..insya-Allah hujung tahun neh lepas FINAL EXAM ..kami pilih hujung tahun sebab NOVEMBER neh aq dengan kawankawan yang lain semua dah habis belajar..HOORRAAYYYYYYYYYYYYYY !

cuti sem neh kena bekerja keras lah sikit kan .. kumpul DUIT ! :)..bestbest ..
1 bulan 1 minggu aq akan stay kat rumah ..WHOA ! sukasuka .. nak cari kerja nak cari kerja .. ehh , dah macam apa dah aq neh ( over excited ) ..

bagbag semua dah full plus baju tak basuh apa semua (KANTOI , BAJU TAK BASUH ) .. dah dekatdekat nak balik neh kan, feel nak basuh baju tu makin DOWN pulak .. untung lahhh dapat balik rumah .. HAHA ! :)

APA NAK BUAT ESOK BILA DAH SAMPAI RUMAH ??

setibanya aq kat rumah subuh esok ( suci ayat aq .. hehe )benda pertama yang aq nak buat adalah TERBUNGKANG ATAS KATIL aq dulu .. haha .. takda lah .. nanti mak aq jerit macam neh .. " yatiiiiiiiiiiiiii !! bangunlah , mandimandi dulu lepaih tu boh baju dalam mesin " .. tu ayatayat yang selalu aq dengar kalau balik rumah ..

benda pertama yang aq kena buat mestilah aq kena keluarkan semua bajubaju aq dari melaka neh masukkan dalam washing mechine kan .. kang satg mak aq bebel pulak .. takmau lah bagi mak aq bebelbebel sebab 8th may neh HARI IBU .. ( kenapa tibatiba rindu mak neh )..

benda kedua nak buat.. kemas rumah dulu ...ruang tamu tu PENTING sebab rumah aq neh boleh dikatakan selalu jugak terima tetamu ..pernah ada satu hari tu,ada tetamu datang pukul 7am .. gila ke apa .. tebeliak biji mata aq .. toleh sebelah , kakak aq tengah sedap tido .. haishh

lepas kemaskemas ruang tamu apa semua, aq nak clearkan sikit kat dapur tu ... memang aq jelajah habis lah kan dapur mak aq tu .. sorry mak ! :) .. esok i conquer dapur u ye mak .. hehe .. tapi yang bestnya lagi sebab akak aq yang kurus melidi ( sekarang dah gemuk sikit dah ) tu ada kat rumah .. dya cuti ..HOHOHO

kakak-kakakku , nantikan kepulanganku yang mulut bising neh ya .. kepada adikku , kakakmu ini ada cerita best punya , confirm kamu suka .. MUAY THAI beb ! :).. adik aq suka sangat dengan benda alah tu ..my abang long pun suka gambar yang bergenre macam tu ..abang long aq tu SPECIAL sangat dalam family kami .. nanti aq cerita detail eh pasal abang long aq tu .. sekali dengan gambargambar dya aq postkan .. :)

ahaaaaa ! teringat satu hal lagi .. aq sampai ja kedah esok , aq nak ajak ayah aq p beli roti canai TERBAIK PUNYA KAT KEPALA BATAIH ! ..roti canai melaka tal sedap .. tak ummphh .. haha ! memandai ja aq neh ..

to my beloved mom and all mom's out there ,
HAPPY MOTHER'S DAY !

to my mom : - mak , i love u more than everything
- you're the best mom in this world
- you give me strenght when i'm down
- i have 3 word for you mom " I LOVE YOU "

WASSALAM ..