Wednesday, December 26, 2012

Maria Elena: Doa masuk exam

Maria Elena: Doa masuk exam: assalamualaikum! masyallah watashiwa lupa dah SPM dah. i think it's not late to wish SPM-ers a huge " ALL THE BEST!! " ihik! ok, so le...

Thursday, November 15, 2012

#Untitled 11#

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dan syukur sangat ke hadrat Ilahi sebab majlis konvokesyen kat PICC dan selesai pun pada 3 November yang lepas. Takdan dah nak update kat sini (blog) sebabnya pada 5, 6 dan 7 November lepas tu i ada camping kat Gunung Jerai (program kampus). Rasa kalut gila sebab jadual tersangatlah padattttt. Terpaksa curi masa sikit untuk update blog ni takot satg berhabuk.

Okaylah, i nak cerita sikit kronologi masa ontheway pi Bangi, masa nak pi amek jubah dan masa last moment majlis tu.

(31 Okt 2012)
Masa i ontheway nak pi Bangi tu cuaca semua okay tapi bila masuk ja Perak, hujan turun lebat sangat macam ayaq paip bomba package guruh kilat sekali. Sampai kat KL pun hujan jugak. I sampai kat perhentian Kajang pun lewat, dalam pukul 8 lebih dan i check in kat hotel lebih kurang pukul 9pm. Walaupun sendirian i kena berkeras jugak, kena beranikan diri. I'm not alone, Allah always with me

(1 November 2012)
Disebabkan badan terlalu letih, i "terbabas". Tengok jam dah pukul 8.15am, masa tu dalam hati "mampoih lah aq, lewat dah nak p register konvo" tapi pergerakkan tetap slow. Lepas siap semua terus ambil teksi ke hentian Kajang. Naik bus pulak pi Puduraya then dari Puduraya ke kampus kat Petaling Jaya. Ingatkan semua tu akan ambil masa yang lama tapi sekejap ja. Tak sampai setengah jam (maklumlah, ni 1st time konvo)

(2 November 2012)
-pagi yang dingin-

"Bangun pagi gosok gigi
minum susu, amek teksi
siap-siap pi PICC"

Hahaha, nak kena rehearsel, excited bangun awal, subuh


****TO BE CONTINUED****
***MENGANTOK***
| 10:16PM |


Nak sambung balik qeja yang terbengkalai.. hehe
(05:45pm/24-11-2012)

(2 November 2012)
-tengah hari yang terik-

Rehearsel selesai dalam pukul 12 tepat. Huishhh, panas gila kot plus langit mendung kat PICC tu (boleh bayang tak cuaca dia?). Perut dok bunyi krokk! krakk! krokk! krakk!. Sebelum nak keluaq hall tu, call lah Uncle Muthu dulu untuk pick up i kat situ. Tunggu punya tunggu Uncle pun sampai.

Masa nak balik ke hotel, Uncle Muthu bawak i balik ikut jalan Dengkil. Ya Allah, Masya-Allah. Jalan dia lebih teruk dari roller coster kat Genting Highland Theme Park tu. Dalam hati tu toksah dok kata lah kan, risau bagai nak gila ni. Tak berani nak habaq kat mak yang Uncle tu bawak i balik kot jalan Dengkil. Naik bukit turun bukit, selokoh tajam selekoh tumpoi semua ada.

Selamat sampai kat hotel, terus serbu "RESTORAN NASI ULAM". Owner dia orang Kelantan baq hang. Hensem, muda lagi tapi dah kawen. Heeeee.

-petang yang mendung dan damai sangat-

Menunggu ketibaan jantung hati yang tercinta. Of course lah my parents and finally they safely arrived. Kesian mak ayah, letih dok atas bus berjam-jam. Kita naik mandi, rehat sat lepas tu kita turun makan.

(3 November 2012)
Hari yang dinanti pun tiba. My convocation day!!!!!!!! Alhamdulillah Ya Allah setelah 3 tahun berhempas pulas menuntut ilmu di bumi 5 beradik Hang. Mak memang menitis air mata masa i atas stage, ayah pun nangis tapi ayah sembunyi-sembunyi. Hehe

Majlis selesai tepat pukul 1, keluaq ja dari hall, hujan lebat yang sambut kami semua student yang grad. Mak kata "ni hujan rahmat :)". Balik hotel, p makan dengan mak ayah dan ready untuk pack semua bag sebab malam tu jugak kami balik. Ayah ada qeja.

Mak Ayah, TQ for everything,



Monday, October 15, 2012

#untitled 10#

Assalamualaikum reader's..

Sakit sangat kepala neh bila mikiaq pasal convo kat PICC, dinner night untuk subject "event management" dan convo kali ke-2 kat Dewan Seri Negeri, Melaka untuk tahun neh. Macam-macam benda yang dok berselirat dalam kepala neh. Penginapan, pengangkutan, jarak antara hotel dengan dewan convo, pakaian, kasut, tudung etc. Untuk convo kat PICC yang akan berlangsung pada 3 November 2012 nanti, semua benda dah settle dari segi penginapan, pengangkutan dan pakaian. Etika pakaian apa semua tu dah ada dalam guideline yang Universiti bagi.

Untuk dinner night subject "event management" pulak, insya-Allah akan berlangsung pada middle of november, di mana lokasinya taktau lagi. Tema malam tu "Glamour Night". Fening jugak lah kepala ana nak mikiaq pakaian malam tu. Last-last i dapat idea untuk pakai dress yang simple dengan tudung bawal saja. Simple kan? Takyah nak glam sangat, kot-kot satg terpijak dress yang labuh tu, tomoih ke depan. Hahaha. Serious memang akan malu. Majlis tu sebenaqnya untuk meraikan student-student yang berjaya menamatkan Diploma, student-student Unitar Internatinal University yang mengambil subject "event management". Pensyarah i bagitau, "mana-mana student event management yang tak hadir ke dinner akan digagalkan untuk subject neh".

Last event i adalah convo kali ke-2 masa i kat Kolej Yayasan Melaka dulu. Insya-Allah akan berlangsung pada 17 Disember 2012. Yang tu tak dapat apa-apa confirmation lagi dengan pihak kolej. Jadi kenalah tunggu surat sampai kat rumah. Wassalam


Saturday, October 6, 2012

Alhamdulillah Ya Allah

Assalamualaikum peeps

Nak share berita gembira neh!! :)
1 Oktober yang lepas i teman my mum ke hospital untuk check-up. Sampai ja kat hospital i buat routine macam biasa lah, ambik card appointment mak p kat kaunter yang mula-mula tu then ambik no. Tunggu giliran untuk register mak. Mak pulak p ke ruangan ultrasound untuk ambik no giliran untuk buat ultrasound. Time ni i terpaksa berpecah dengan mak.

Dah settle ambik no giliran mak untuk jumpa doktor pakar, i terus gerak ke ruangan ultrasound nak teman mak pulak. Ya Allah punya lah ramai orang yang tunggu giliran, line telefon pun takda tau-tau dapat msg dari maxis (you have 5 missed call from 019433****) dari ayah. Macam-macam peringkat umur kat situ. Yang paling muda sekali kan, ada sorang baby ni baru 2 bulan. Kesian dia, umur baru 2 bulan dah kena buat ultrasound. Be strong ya baby :(

Bila sampai giliran mak, dalam hati ni hanya Allah yang tau. Lama jugak mak dalam tu. Tunggu punya tunggu punya tunggu, finally mak keluaq. Wah! muka mak senyum-senyum berseri-seri then mak bisik "alhamdulillah, doktor cakap hati mak dah normal balik macam dulu tapi batu dalam hempedu ada balik, nak buat doa selamat sikit sebab hati dah normal :)". Alhamdulillah, yeppiiiii ! mak dah sihat. Rasa macam nak lompat ja tinggi-tinggi dalam bangunan tu :)

Sebelum ni hati i gusar sangat sebab dok mikir, kalau mak still dok sakit macam mana nak p konvo i nanti tapi bila dah dapat result yang macam tu, rasa macam sekarang jugak nak book hotel untuk konvo nanti :). I rasa sampai sini dulu, next time i share another story okay. Wassalam 






Friday, October 5, 2012

Thanks mak ^__^


Assalamualaikum guys..
Ini post sempana hari jadi i yang ke-21..
Post ni khas untuk bidadari dalam hidup i..

MAK, THIS IS FOR U,
I LOVE U SO MUCH,
THANKS FOR EVERYTHING,
U GIVE ALL THAT I NEED..


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Tuesday, September 11, 2012

#Untitled 9#

Assalamualaikum reader's..

Lamanya tak bukak blog neh, dah berhabuk sangat dah. First of all, i nak share dengan u guys yang my mom dah sembuh dan dah boleh bangun macam biasa. Terima kasih pada u guys yang tolong mendoakan my mom. Hanya Allah ja yang dapat balas jasa baik u guys semua :)

Tu yang 1st i nak share dengan u guys, yang kedua pulak, i dah berjaya menempatkan diri i kan sebuah Universiti di Alor Setar iaitu University of Management and Technology dan i baru ja habis sesi orientasi yang berlangsung pada 5th, 6th dan 9th September yang lepas. Sekarang neh masih lagi menyesuaikan diri kat kampus tu walaupun kat negeri sendiri iaitu Kedah.

Kali neh i sambung selama 2 tahun ja sebab kebanyakkan subject yang ada dalam list untuk degree i dah ambil masa buat diploma dulu, so singkat lah tempoh pengajian i tu. Mungkin ada diantara reader's yang tak tahu sebelum neh i study jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan sekarang neh Bachelor of Education (Early Childhood Education) (Hons).

Neh ja lah untuk hari neh, i akan share lagi story yang i ada untuk next post. Wassalam


Wednesday, June 27, 2012

#Untitled 8#

Assalamualaikum warahmatullah


Semalam mummy i ada check-up dengan doctor dan my sis yang temankan. Selalunya memang i yang temankan my mom setiap kali ada check-up, this time i tak teman sebab i diserang chickenpox yang amat teruk di bahagian muka, kepala, telinga dan seluruh anggota badan i. Sekarang ni masanya untuk mengira semua parut-parut yang ada. HAHAHA


Okay lah, berbalik kepada cerita my mom tadi. Mula-mula macam biasa lah, my mom kena p jumpa doctor kat bahagian ultrasound untuk check balik sisa nanah tu masih berbaki atau dah habis. Dah selesai buat ultrasound semua tu, kena tunggu giliran untuk jumpa doc lah. My mom cakap "nasib baik laa tadi tunggu giliran sat ja". Doc bagitau yang kumpulan nanah yang terkumpul dalam hati my mom tu ada lagi sebesar 1cm dan doc bagi new date iaitu 2 Oktober 2012, maknanya after 3 month macam tu lah, my mom kena p jumpa doc balik. Hopefully, itu yang terakhir. Kesian my mom kena ulang-alik p hospital untuk buat susulan.





gambar neh diambil masa kali terakhir my mom hantar i naik bus balik melaka sebelum
my mom jatuh sakit.


Penyakit kencing manis ni boleh mengakibatkan si pesakit akan kehilangan anggota badan seperti kaki, tangan, jari kaki atau jari tangan tapi alhamdulillah, buat masa sekarang anggota badan my mom elok lagi, takda yang hilang. Kalau luka pun dalam 2 3 hari mesti luka tu dah sembuh. Ada pulak sumber-sumber berkata, kalau dia tak merosakkan anggota badan, dia akan merosakkan anggota dalaman kita seperti hati, buah pinggang atau paru-paru. Ada diantara pesakit kencing manis ni meninggal dunia. Arwah ayah gula-gula hati i meninggal kerana penyakit kencing manis pada beberapa tahun yang lalu. Arwah maklong i pun meninggal kerana sakit yang sama


Sama-sama lah kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ayah gula-gula hati i dan arwah maklong i. Al-Fatihah


Wassalam


Monday, June 11, 2012

#untitled 7#

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu. Selamat petang reader's.


Bosan tak tahu nak buat apa petang ni, tiba-tiba i teringat satu cerita masa final year semester last hari tu. I dengan 3 lagi kakak roomate i plan nak keluar pada satu petang tu. Fikir punya fikir mana tempat nak p dan akhirnya masing-masing sepakat nak p AEON Bandaraya Melaka. Tak jauh pun dengan hostel i, dalam 10 minit cenggitu lah.


Aktiviti kami berempat petang tu santai sangat. Tengok wayang, cari barang kat Daiso, pusing-pusing dalam mall tu lepas tu sambung lagi berkaraoke lah pulekkkk kat Giant Taman Bachang. Seronok lah dan badan pun penat jugak. Kak Huda dengan dress dia dan cardigan. Shawl tu jangan cakap lah kan. Macam-macam pesyen dia putaq belit atas kepala dia. Kak Mimi yang kecik molek tu maintain comel dan simple sangat. Kak Iqa pulak, nahhh hamek kau beb. Dia cakap " alaaaa, aq pakai simple ja" tapi dia punya simple walaweh, dah macam apa dah. Hahaha


Sempat pulak i buat pitstop kat depan tu nak bukak kasut sebab nak lari tak boleh. Hahaha. Makcik guard pulak, bila nampak kami berempat lari macam lipas kudung masuk dalam kawasan hostel terus dia lari-lari tutup gate. Sampai ja kat bilik, kami berempat ketawa macam nak pecah perut sampai nak terkencing-kencing dalam seluar.



Hurm, dah habis dah cerita. Nanti i cerita lah apa-apa lagi eh. Wassalam

Sunday, June 10, 2012

6 Sebab kenapa Lelaki perlu pilih Guru sebagai Isteri?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu.
Entry kali neh i share from my friend Emylia. 6 reasons why men needs to choose teacher as his wife?? Hahaha, check this out guys :)


1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).


Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap. Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial? Mana ada! Semua nak salahkan cikgu Maka, cikgu mestilah kena komited. Konsep yang sama. Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa? Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?(sambil asah pensel dan pisau di tepi)
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
-Nak bagi markah, ada skema jawapan.
-Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
-Nak tanda kertas, ada garis panduan.
-Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
-Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
-Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
-Bila boleh nak menipunya.
Nak berpeleseran? Jauh sekali. Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu? Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu? Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan? Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan? Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan? Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.


Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)


6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa. Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!


Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa? Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

Sunday, June 3, 2012

Sambung study? Oh my Englishhh !!

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

Kali ni i nak share pasai perancangan i untuk sambung belajaq ke peringkat seterusnya iaitu ijazah. Masa mula-mula habis diploma dulu memang i dah plan yang i akan sambung belajaq lagi tu pun after 2 or 3 years sebab i nak kerja dulu cari duit. Then i balik kampung dan bincang dengan my parents dan i bagitau lah perancangan i tu. My mom cuma cakap "buat lah yang terbaik untuk masa depan. mak nak larang pun tak kena jugak." dan my dad cuma cakap "okay". Alhamdulillah my parents memang supportive, as long as i jaga kepercayaan yang diberikan oleh my parents.

Bila i fikir-fikir kan balik, kenapa i perlu sambung pengajian i after 2 or 3 years, kenapa tak dalam tahun neh jugak kan. Then fikir punya fikir sampai naik juling bijik mata, akhirnya i dapat jugak jawapannya. Insya-Allah i akan kerja dulu dekat sebuah tadika yang diselia sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (Tadika Permata Nur Kasih) dan i akan sambung pengajian i diperingkat ijazah pada September 2012. Tu pun selepas bincang bagai nak gila dengan parents i.

Sebelum tu i ada call Institut Perguruan Sultan Abdul Halim dekat Sungai Petani dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar dia cakap "u kena sambung ijazah dekat u punya universiti yang u buat diploma sebelum ni then lepas habis ijazah dengan universiti yang lama baru u boleh apply itu KPLI sama pihak kami." So, keputusan dah diambil dan i akan sambung kat tempat yang i buat diploma sebelum ni after 3 years baru i sambung buat KPLI selama 1 tahun. Lepas tu secara rasminya i akan bergelar sebagai seorang GURU ! :)

Sampai sini saja dulu. I akan update next story lagi lepas ni. Wassalam

Monday, May 28, 2012

#untitled 6#

Assalamualaikum..

Story untuk kali ni still lagi pasai my mom. Lepas my mom buat CT scan last week, doctor bagitau yang nanah tu still lagi ada dalam hati my mom. Belum kering sepenuhnya dan doctor tu bagi date baru untuk next check-up. On 26th of June, 6 hari after my mom birthday and the doctor said sekiranya nanah tu tak kering jugak, doctor terpaksa membuat operation lagi sekali untuk menyedut dan membuang sebahagian kecil hati my mom yang dok terkandung nanah tu.

What should i do? hanya berdoa yang terbaik untuk my mom. Once again, to all bloggers, all my friends and anyone who read this article, please pray for my mom.

That's all for today. Thank you all. Wassalam

Friday, May 18, 2012

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum..


Syukur ke hadrat Allah s.w.t sebab mummy i dah sihat dah cergas macam dulu balik. Semalam mummy i p buang batu dalam hempedu dengan menggunakan kaedah tradisional dekat Amanjaya Sungai Petani. Ustaz tu buang 4 ketul batu yang "menginap" dalam hempedu mummy i. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan mummy i.


Ini saja untuk hari ni, untuk perkembangan seterusnya i akan cerita dalam next update.


Wassalam

Monday, May 7, 2012

Dugaan yang berterusan

Assalamualaikum..

Dah berhabuk dah belog i neh. Hehek. Dah 9 hari i kat rumah (KEDAH). Hari tu i ada cerita pasal mummy i yang sakit tu kan? Hurmm, i ingat lepas keluar dari Hospital Jitra 4 bulan yang lepas mummy i akan sembuh seperti sedia kala tapi keadaan mummy i tetap sama macam dulu. Tekanan darah dan kencing manis semuanya dah stabil. I dapat tau dari kakak i yang mummy i dapat penyakit baru.

Hati mummy i bengkak, doctor suspek mummy i menghidap kanser hati, syukur alhamdulillah bukan sakit tu yang mummy i hidap. Hati mummy i membengkak sebab ada nanah yang terkandung dalam hati tu. Lepas tu doctor bagitau lagi dalam hempedu mummy i ada batu pulak. Tanggal 24 April 2012 yang lepas, doctor dah pun buang nanah dalam hati mummy i. Nanah yang dikeluarkan sebanyak 1500ml. Sampai sekarang mummy i still lagi mengusung bag yang dipasang tiub pada badan mummy i.

Esok adalah hari penentu segala-galanya. Mummy i kena jumpa doctor lagi sekali, kalau nanah tu dah keluar habis dari hati mummy i, syukur alhamdulillah sangat-sangat tapi kalau nanah tu still ada lagi, doctor akan buat pembedahan pulak. Harap-harap esok doctor bagitau yang nanah tu dah keluar habis lah. I tak sanggup dah nak tengok mummy i tanggung semua neh.

Sebelum neh mummy i pernah batuk sampai keluar darah. Masa tu i kat Melaka lagi. I rasa i memang dah tak boleh dok berjauhan dengan mummy i. Actually, i kesian sangat-sangat dengan dua orang kakak i. Cuti dorang habis sebab jaga mummy. Kakak i yang sorang tu, ayah dan abang long i sampai kurus. Nampak sangat yang badan dorang susut.

Sampai sini dapat i ceritakan, insya-Allah esok kalau i free i akan cerita lagi. Esok i temankan mummy i ke hospital. Kepada semua bloggers, tolong doakan kesihatan mummy i.

Wassalam...

Tuesday, April 3, 2012

#untitled#5


"if you love someone, put their name in circle instead of heart because circle can go on forever but heart can break"

-kimzu-

Friday, March 30, 2012

#untitled# 4

Assalamualaikum semua.

Pertama sekali aq nak mengucapkan syukur alhamdulillah kerana tinggal lagi 2 minggu untuk aq habiskan praktikal aq di SK Padang Sebang, Alor Gajah Melaka neh. Selepas itu, aq akan menyambung praktikal di sebuah taska, iaitu Taska Permata Firdausi di Alor Gajah jugak. 16 April aq akan memulakan tugas tapi tugas kali berbeza sikit sebab kali neh aq akan menjaga bayi. Insya-Allah harap-harap aq takkan kekok. Aq akan merindui anak-anak murid aq yang nakal, comel tu.

"Cikgu mintak maaf ya sayang. Cikgu marah-marah tak bermakna cikgu benci kamu semua. Cikgu sayang kamu semua. Kepada murid-murid tahun 5 dan 6 yang cikgu pernah mengajaq kamu semua, cikgu mintak maaf sebab rotan kamu dan picit bahu kamu sampai masuk bawah meja. Cikgu buat macam tu bukan kerana cikgu benci tapi cikgu buat macam tu sebab cikgu nak rotan dan picit syaitan yang dok hasut kamu supaya buat bising dalam kelas semasa cikgu tengah mengajaq".

Sunday, March 25, 2012

#untitled#3

Assalamualaikum

Cuti hari sabtu dan ahad macam tak cukup ja. Sat sangat cutinya. Tak puas nak rehat kat rumah. Esok dah kena mula ngajaq dan itu bermakna, tinggal lagi 2 minggu untuk aq habiskan praktikal di prasekolah SK Padang Sebang. Nama ja cuti kan tapi banyak qeja yang nak kena buat. Nak buat lesson plan untuk anak-anak murid kat sekolah tu, lembaran qeja untuk depa buat. Letih tau

Bermula pukul 09:03:38am semalam bersamaan 24 mac 2012 aq "ditinggalkan" selama 2 hari. Handphone aq neh pun "puasa" lah kecuali call or msg dari ayah atau Ain. Katanya ke Singapore dengan officemate. Ahhhhh, sunyinya sebab takda geng nak gaduh-gaduh. Balik lah cepat-cepat eh. I'm waiting

Okay, sampai sini ja, nak sambung buat mind map untuk anak-anak bijak aq kat prasekolah tu.

Wassalam dan selamat menikmati malam yang mendung neh (kat melaka ja lah)


Wednesday, March 21, 2012

#untitled#2




i love people's who love and care about me !

i do love u more more and more *_^

Wednesday, March 7, 2012

#untitled# 1

Assalamualaikum guys and salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu aq nak mengucapkan syukur yang tak terhingga di atas kesembuhan my beloved mummy. muah muah muah

Alhamdulillah mak pun dah beransur sembuh. Aq dan family pun happy sangat.

Actually sekarang neh aq dekat prasekolah. "Bala tentera" aq sedang bersantap dekat belakang. Kak Liza masak apa pun aq taktau lah kat depa tu semua. Kalau tak silap aq kubis mix dengan fish cake masak kicap.

Sabaq yati sabaq, Jumaat neh nak balik dah oi. Huhu

Cuti dalam seminggu, balik kampung meet my mummy, daddy, granny and my dearest nana, mia and hazziq (my dearest iqbal kat KL). Ohhh i miss u so bad mak. muuuuuuuah !

Setakat neh saja untuk kali neh.. Ada story aq post kat sini.

#petang neh kena mai sekolah tolong kak Rina melupuih semua buku-buku teks yang dah nak "arwah". Penat oi jadi cikgu. (tapi takpa, berkhidmat demi anak bangsa.. cewahhhh, luku pala sedaih baqu ada akai ^__^)

Wednesday, February 29, 2012

Saya Seorang Guru Prasekolah

Assalamualaikum guys.. hehek

9.13am :

Hari neh hari terakhir dalam bulan Februari, bermakna esok kita akan melangkah ke bulan yang baru iaitu March. Cepat betul masa berlalu. Bermula pada 20 Februari 2012, bermulalah tanggungjawab aq sebagai seorang guru di sebuah prasekolah di Melaka. Aq mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Sebang, hanya 20 minit dari rumah sewa aq. Actually sekarang aq tengah free sebab sekarang waktu Sunita mengajar. Lepas neh aq akan take over class untuk subject ICT, bermakna anak;anak murid aq akan ke makmal komputer. Lepas balik makmal aq sambung balik ya.. ^__^

***************************************************************************************

11.28am:

Alhamdulillah, panjang lagi umuq aq untuk sambung cerita aq neh. Tadi aq bawak budak-budak neh p makmal komputer untuk subjek ICT. Bukan main suka lagi anak-anak murid aq neh. "cikgu cikgu, kite nak pegi makmal eh?" tu si Aqil tanya kat aq. Wahh ! mentang-mentang lah ibu dia cikgu subjek ICT yang jaga makmal tu.

Semalam memang aq dah tak boleh menahan sabar gara-gara anak murid aq seramai 25 orang neh buat aq hampir pengsan semalam. Akhirnya, gugurlah ayaq mata aq neh. SAKIT KEPALA !

Sekarang neh waktu Pend.Islam. Budak-budak neh tengah belajar agama dengan Ustazah Karimah. Anak-anak murid aq neh bukan setakat hiperaktif anggota badan tapi mulut budak-buak neh pun hiper.. HURMM

9 March 2012 aq akan balik Kepala Batas, Kedah.. CUTI SEKOLAH !

okay guys, ini saja untuk hari neh..

Wassalam.

Friday, February 10, 2012

Dugaan Allah ..

Assalamualaikum guys.. Salam Jumaat to all muslims..

Sunyi ja rumah aku neh. Ayah, abang long dengan adik p semayang Jumaat. Tinggal tok, kakak dengan aku ja. Lepas habis masak kat dapur tadi, aku dengan tok masuk ke dalam. Tok tengah baring, sama jugak dengan kakak aku. Letih semalamam kat hospital jaga mak aku. Syukur alhamdulillah sebab mak aku dibawah penjagaan makcik aku (adik ayah) Sister Rashadah.

Dah 2 malam mak aku "booking katil" kat hospital. Puncanya sebab mak aku demam. Suhu badan naik mendadak katanya. Malam neh giliran aku jaga mak. Call kak zila aku tadi, katanya tekanan darah, kencing manis mak semua dah turun sikit. Mak dah ada selera nak makan.

Kepada semua bloggers yang terbaca entri aku neh, harap anda semua boleh mendoakan kesihatan mak aku.

#Ya Allah berikan kekuatan kepada mak untuk menghadapi ujian-Mu ini#



Wassalam

Friday, January 13, 2012

Saya bukan STUDENT lagi !

Assalamualaikum guys

First of all i rasa bersyukur sangat sebab i dah berjaya menamatkan zaman bujang i dengan selamat.. Opsss, zaman bujang pulak.. I berjaya menamatkan pembelajaran.. Hahahaha
Insya-Allah panjang umur esok i akan balik kedah.. Wehuuuuu ! my hometownnnnnnn ;)

Lepas raya cina i akan balik semula ke melaka untuk menjalani praktikal selama 3 bulan something lahhh.. Weheeeeeeeeeeee ! best best.. Lepas tu boleh NIKAH.. Hahahaha

Nampak gayanya, malam neh malam last lah i nak ngolat-ngolat student laki UTEM kat sebelah hostel i neh.. Opsss ! hahaha.. Okay what.. Boleh cuci mata boleh cuci minda.. Meransang pemikiran i tau.. HAHAHAHA ! #kantoi dah#

Excitednya nak balik.. Mommy !! i'm coming back.. Rindu sesangat kat mak ayah.. Anak dara i si danny & si manja damia & anak teruna i si hazziq.. Tak lupa jugak kat anak teruna i yang lagi sorang.. My handsome boy rafiq iqbal.. Anak i yang tu ala-ala ustaz sikit.. Walahh..Muah muah muah muah.. Nah amek sorang sikit kiss dari mummy hampa.. Love u anak-anak

Okay dah, i nak out.. I nak p feeling sorang-sorang.. Memang best neh sebab junior i p pasang lagu hindustan atas "ugutan" i.. Walahhhh.. Layann ja.. Yang paling penting sekarang

"saya bukan STUDENT lagi!!!"

#buang tebiat sebab p bahasakan diri dengan "i"..geli sampai ketiak#

Wassalam ^__^