Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu. Selamat petang reader's.
Bosan tak tahu nak buat apa petang ni, tiba-tiba i teringat satu cerita masa final year semester last hari tu. I dengan 3 lagi kakak roomate i plan nak keluar pada satu petang tu. Fikir punya fikir mana tempat nak p dan akhirnya masing-masing sepakat nak p AEON Bandaraya Melaka. Tak jauh pun dengan hostel i, dalam 10 minit cenggitu lah.
Aktiviti kami berempat petang tu santai sangat. Tengok wayang, cari barang kat Daiso, pusing-pusing dalam mall tu lepas tu sambung lagi berkaraoke lah pulekkkk kat Giant Taman Bachang. Seronok lah dan badan pun penat jugak. Kak Huda dengan dress dia dan cardigan. Shawl tu jangan cakap lah kan. Macam-macam pesyen dia putaq belit atas kepala dia. Kak Mimi yang kecik molek tu maintain comel dan simple sangat. Kak Iqa pulak, nahhh hamek kau beb. Dia cakap " alaaaa, aq pakai simple ja" tapi dia punya simple walaweh, dah macam apa dah. Hahaha
Sempat pulak i buat pitstop kat depan tu nak bukak kasut sebab nak lari tak boleh. Hahaha. Makcik guard pulak, bila nampak kami berempat lari macam lipas kudung masuk dalam kawasan hostel terus dia lari-lari tutup gate. Sampai ja kat bilik, kami berempat ketawa macam nak pecah perut sampai nak terkencing-kencing dalam seluar.
Hurm, dah habis dah cerita. Nanti i cerita lah apa-apa lagi eh. Wassalam
No comments:
Post a Comment