Sunday, June 3, 2012

Sambung study? Oh my Englishhh !!

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

Kali ni i nak share pasai perancangan i untuk sambung belajaq ke peringkat seterusnya iaitu ijazah. Masa mula-mula habis diploma dulu memang i dah plan yang i akan sambung belajaq lagi tu pun after 2 or 3 years sebab i nak kerja dulu cari duit. Then i balik kampung dan bincang dengan my parents dan i bagitau lah perancangan i tu. My mom cuma cakap "buat lah yang terbaik untuk masa depan. mak nak larang pun tak kena jugak." dan my dad cuma cakap "okay". Alhamdulillah my parents memang supportive, as long as i jaga kepercayaan yang diberikan oleh my parents.

Bila i fikir-fikir kan balik, kenapa i perlu sambung pengajian i after 2 or 3 years, kenapa tak dalam tahun neh jugak kan. Then fikir punya fikir sampai naik juling bijik mata, akhirnya i dapat jugak jawapannya. Insya-Allah i akan kerja dulu dekat sebuah tadika yang diselia sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (Tadika Permata Nur Kasih) dan i akan sambung pengajian i diperingkat ijazah pada September 2012. Tu pun selepas bincang bagai nak gila dengan parents i.

Sebelum tu i ada call Institut Perguruan Sultan Abdul Halim dekat Sungai Petani dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar dia cakap "u kena sambung ijazah dekat u punya universiti yang u buat diploma sebelum ni then lepas habis ijazah dengan universiti yang lama baru u boleh apply itu KPLI sama pihak kami." So, keputusan dah diambil dan i akan sambung kat tempat yang i buat diploma sebelum ni after 3 years baru i sambung buat KPLI selama 1 tahun. Lepas tu secara rasminya i akan bergelar sebagai seorang GURU ! :)

Sampai sini saja dulu. I akan update next story lagi lepas ni. Wassalam

2 comments: