Wednesday, February 29, 2012

Saya Seorang Guru Prasekolah

Assalamualaikum guys.. hehek

9.13am :

Hari neh hari terakhir dalam bulan Februari, bermakna esok kita akan melangkah ke bulan yang baru iaitu March. Cepat betul masa berlalu. Bermula pada 20 Februari 2012, bermulalah tanggungjawab aq sebagai seorang guru di sebuah prasekolah di Melaka. Aq mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Sebang, hanya 20 minit dari rumah sewa aq. Actually sekarang aq tengah free sebab sekarang waktu Sunita mengajar. Lepas neh aq akan take over class untuk subject ICT, bermakna anak;anak murid aq akan ke makmal komputer. Lepas balik makmal aq sambung balik ya.. ^__^

***************************************************************************************

11.28am:

Alhamdulillah, panjang lagi umuq aq untuk sambung cerita aq neh. Tadi aq bawak budak-budak neh p makmal komputer untuk subjek ICT. Bukan main suka lagi anak-anak murid aq neh. "cikgu cikgu, kite nak pegi makmal eh?" tu si Aqil tanya kat aq. Wahh ! mentang-mentang lah ibu dia cikgu subjek ICT yang jaga makmal tu.

Semalam memang aq dah tak boleh menahan sabar gara-gara anak murid aq seramai 25 orang neh buat aq hampir pengsan semalam. Akhirnya, gugurlah ayaq mata aq neh. SAKIT KEPALA !

Sekarang neh waktu Pend.Islam. Budak-budak neh tengah belajar agama dengan Ustazah Karimah. Anak-anak murid aq neh bukan setakat hiperaktif anggota badan tapi mulut budak-buak neh pun hiper.. HURMM

9 March 2012 aq akan balik Kepala Batas, Kedah.. CUTI SEKOLAH !

okay guys, ini saja untuk hari neh..

Wassalam.

Friday, February 10, 2012

Dugaan Allah ..

Assalamualaikum guys.. Salam Jumaat to all muslims..

Sunyi ja rumah aku neh. Ayah, abang long dengan adik p semayang Jumaat. Tinggal tok, kakak dengan aku ja. Lepas habis masak kat dapur tadi, aku dengan tok masuk ke dalam. Tok tengah baring, sama jugak dengan kakak aku. Letih semalamam kat hospital jaga mak aku. Syukur alhamdulillah sebab mak aku dibawah penjagaan makcik aku (adik ayah) Sister Rashadah.

Dah 2 malam mak aku "booking katil" kat hospital. Puncanya sebab mak aku demam. Suhu badan naik mendadak katanya. Malam neh giliran aku jaga mak. Call kak zila aku tadi, katanya tekanan darah, kencing manis mak semua dah turun sikit. Mak dah ada selera nak makan.

Kepada semua bloggers yang terbaca entri aku neh, harap anda semua boleh mendoakan kesihatan mak aku.

#Ya Allah berikan kekuatan kepada mak untuk menghadapi ujian-Mu ini#



Wassalam