Friday, March 30, 2012

#untitled# 4

Assalamualaikum semua.

Pertama sekali aq nak mengucapkan syukur alhamdulillah kerana tinggal lagi 2 minggu untuk aq habiskan praktikal aq di SK Padang Sebang, Alor Gajah Melaka neh. Selepas itu, aq akan menyambung praktikal di sebuah taska, iaitu Taska Permata Firdausi di Alor Gajah jugak. 16 April aq akan memulakan tugas tapi tugas kali berbeza sikit sebab kali neh aq akan menjaga bayi. Insya-Allah harap-harap aq takkan kekok. Aq akan merindui anak-anak murid aq yang nakal, comel tu.

"Cikgu mintak maaf ya sayang. Cikgu marah-marah tak bermakna cikgu benci kamu semua. Cikgu sayang kamu semua. Kepada murid-murid tahun 5 dan 6 yang cikgu pernah mengajaq kamu semua, cikgu mintak maaf sebab rotan kamu dan picit bahu kamu sampai masuk bawah meja. Cikgu buat macam tu bukan kerana cikgu benci tapi cikgu buat macam tu sebab cikgu nak rotan dan picit syaitan yang dok hasut kamu supaya buat bising dalam kelas semasa cikgu tengah mengajaq".

Sunday, March 25, 2012

#untitled#3

Assalamualaikum

Cuti hari sabtu dan ahad macam tak cukup ja. Sat sangat cutinya. Tak puas nak rehat kat rumah. Esok dah kena mula ngajaq dan itu bermakna, tinggal lagi 2 minggu untuk aq habiskan praktikal di prasekolah SK Padang Sebang. Nama ja cuti kan tapi banyak qeja yang nak kena buat. Nak buat lesson plan untuk anak-anak murid kat sekolah tu, lembaran qeja untuk depa buat. Letih tau

Bermula pukul 09:03:38am semalam bersamaan 24 mac 2012 aq "ditinggalkan" selama 2 hari. Handphone aq neh pun "puasa" lah kecuali call or msg dari ayah atau Ain. Katanya ke Singapore dengan officemate. Ahhhhh, sunyinya sebab takda geng nak gaduh-gaduh. Balik lah cepat-cepat eh. I'm waiting

Okay, sampai sini ja, nak sambung buat mind map untuk anak-anak bijak aq kat prasekolah tu.

Wassalam dan selamat menikmati malam yang mendung neh (kat melaka ja lah)


Wednesday, March 21, 2012

#untitled#2




i love people's who love and care about me !

i do love u more more and more *_^

Wednesday, March 7, 2012

#untitled# 1

Assalamualaikum guys and salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu aq nak mengucapkan syukur yang tak terhingga di atas kesembuhan my beloved mummy. muah muah muah

Alhamdulillah mak pun dah beransur sembuh. Aq dan family pun happy sangat.

Actually sekarang neh aq dekat prasekolah. "Bala tentera" aq sedang bersantap dekat belakang. Kak Liza masak apa pun aq taktau lah kat depa tu semua. Kalau tak silap aq kubis mix dengan fish cake masak kicap.

Sabaq yati sabaq, Jumaat neh nak balik dah oi. Huhu

Cuti dalam seminggu, balik kampung meet my mummy, daddy, granny and my dearest nana, mia and hazziq (my dearest iqbal kat KL). Ohhh i miss u so bad mak. muuuuuuuah !

Setakat neh saja untuk kali neh.. Ada story aq post kat sini.

#petang neh kena mai sekolah tolong kak Rina melupuih semua buku-buku teks yang dah nak "arwah". Penat oi jadi cikgu. (tapi takpa, berkhidmat demi anak bangsa.. cewahhhh, luku pala sedaih baqu ada akai ^__^)