Assalamualaikum reader's..
Sakit sangat kepala neh bila mikiaq pasal convo kat PICC, dinner night untuk subject "event management" dan convo kali ke-2 kat Dewan Seri Negeri, Melaka untuk tahun neh. Macam-macam benda yang dok berselirat dalam kepala neh. Penginapan, pengangkutan, jarak antara hotel dengan dewan convo, pakaian, kasut, tudung etc. Untuk convo kat PICC yang akan berlangsung pada 3 November 2012 nanti, semua benda dah settle dari segi penginapan, pengangkutan dan pakaian. Etika pakaian apa semua tu dah ada dalam guideline yang Universiti bagi.
Untuk dinner night subject "event management" pulak, insya-Allah akan berlangsung pada middle of november, di mana lokasinya taktau lagi. Tema malam tu "Glamour Night". Fening jugak lah kepala ana nak mikiaq pakaian malam tu. Last-last i dapat idea untuk pakai dress yang simple dengan tudung bawal saja. Simple kan? Takyah nak glam sangat, kot-kot satg terpijak dress yang labuh tu, tomoih ke depan. Hahaha. Serious memang akan malu. Majlis tu sebenaqnya untuk meraikan student-student yang berjaya menamatkan Diploma, student-student Unitar Internatinal University yang mengambil subject "event management". Pensyarah i bagitau, "mana-mana student event management yang tak hadir ke dinner akan digagalkan untuk subject neh".
Last event i adalah convo kali ke-2 masa i kat Kolej Yayasan Melaka dulu. Insya-Allah akan berlangsung pada 17 Disember 2012. Yang tu tak dapat apa-apa confirmation lagi dengan pihak kolej. Jadi kenalah tunggu surat sampai kat rumah. Wassalam
No comments:
Post a Comment