Ingat tak masa entri yang lepas aq pernah cakap yang aq akan story pasal abang aq. Okay, sekarang aq akan tunaikan apa yang aq cakap hari tu. Aq ada 3 orang abang dan sorang abang angkat (anak angkat ayah aq), means, aq ada 4 orang abang. Tapi entri kali neh, aq nak cerita pasal abang aq yang sorang neh ja. Yang abang lain takmau.
- Abang aq yang sulung, nama dia Khairul Ismadi Ismail. Lahir pada tanggal 18 November 1977. Btw, abang aq neh ada kembar tapi meninggal masa usia dia 1 bulan kalau tak silap aq. Nama kembar dia Khairul Rizal. Sedap nama tu. Teringin nak tengok abang Rizal, Insya-Allah di syurga kelak. Amin. Nama panggilan untuk abang aq neh, abang long. Abang long neh belum kahwin, dia cakap dia izinkan adek adek dia kahwin dulu. Okay, abang long neh abang yang special sangat, gifted, dimata aq dia seorang yang beriman. Setiap kali aq nak balik ke Melaka, dia mesti pesan kat aq supaya jangan tinggal solat, jaga diri elok elok kat tempat orang. Terima kasih along atas pesanan tu. Aq akan sentiasa ingat pesanan tu kemana ja aq pergi. Straight to the point, abang long sebenarnya sorang atlet Paralimpik Malaysia. Mungkin ramai yang taktau apa itu Paralimpik. Paralimpik tu adalah sukan untuk atlet atlet Kurang Upaya atau OKU. Yes, abang long aq atlet OKU.
- Kita sedia maklum yang golongan sebegini kurang diterima di mata umum. Secara jujur aq katakan, aq sendiri dulu tak dapat terima abang long. Sebab apa ? jawapan dia sebab aq malu. Memang bodoh gila masa tu. Malu nak mengakui abang sendiri. bodoh kan ? kalau ahli keluarga sendiri tak boleh terima kehadiran ahli keluarga yang sebegitu apatah lagi orang luar. So, aq nak pesan kat sini, sesiapa yang ada ahli keluarga macam abang long aq, terima lah mereka dengan penuh terbuka kerana mereka lebih mulia disisi Allah berbanding kita.
- Abang long pernah mewakili Malaysia untuk sukan antarabangsa sebanyak 3 kali iaitu di Korea, Vietnam dan Thailand. Untuk kejohanan antarabangsa di Malaysia sendiri sebanyak 2 kali. Alhamdulillah semua pencapaian yang diperoleh adalah membanggakan. Untuk kejohanan olahraga yang diadakan di dalam Malaysia memang tak terkira dengan jari aq. Memang banyak sangat. Dekat rumah aq tu, dalam satu almari kaca penuh dengan trofi dan medal yang dia dapat. Abang aq pernah menerima anugerah Olahragawan terbaik Negeri Kedah.
- Alhamdulillah, sekarang aq boleh menerima abang aq sepenuhnya. Aq dah tak malu nak jalan dengan dia di khalayak ramai. Pernah sekali dia ada game kat Melaka. Tak kan lah aq tak p tengok dia kan. So, aq cari dia kat Stadium Hang Jebat and finally, aq dapat juga peluk abang aq sebab masa tu 4 bulan aq tak balik rumah. Terikat dengan study, cuti sem baru dapat balik. Kali kedua abang aq datang Melaka masa dia ada kursus apa entah, masa tu lah aq kenalkan my special brother kat kawan kawan aq.
wassalam
No comments:
Post a Comment