Saturday, September 10, 2011

Saya Bahagia !

Assalamualaikum peeps

Hari ni dah 10 Sept 2011. Lagi 4 hari aku nak pulang ke Melaka untuk menyambung " sisa-sisa " pengajian aku yang berbaki 3 bulan sahaja lagi. Cepat sungguh masa berlalu sehinggakan aku sendiri tidak meyedari tempoh 2 tahun setengah aku bermastautin di Melaka ini bakal berakhir pada Januari nanti, insya-Allah. Segala pahit maung telah aku rasai. Badai yang menimpa diri yang terpaksa aku lalui sendirian tanpa kedua ibu bapaku.

Aku kini melalui hari-hari sepi tanpa peneman disisi tapi aku bersyukur kerana Allah s.w.t mengurniakan 4 orang buah hati yang comel-comel untuk menghiasi hari sepiku. Terima Kasih Ya Allah.

(bersambung)

***************************************************************

(sambungan semalam)
(11 Sept 2011)

Aku jugak bersyukur sebab hari ini mak aq " ugut " aku suruh makan. HAHA

Terima kasih mak. Mak masak sedap sangat hari ni. Ada kangkung goreng ( my favourite ). Sekarang ni tengah hujan kat Kedah ( jangan banjir dah la ya), dari pagi tadi sampai sekarang. Semalam pun hujan. Pukul 1 pagi aku ajak kakak aku teman pergi bilik air. Hujan lebat sampai aku sejuk menggigil dan rasa nak terkincit. Marah kakak aku kat aku semalam sebab aku kacau tidur dia. Sorry kak, aku tak tahan gila.

Mak aku dah kalut nak buat ketupat segala bagai. Iyalah kan, aku dah nak balik Melaka 14 sept ni. Mungkin Deepavali nanti baru aku nak balik pulak, tu pun kalau aku dapat cuti. " Takpa mak, chek dah nak habis belajaq dah. Nanti mak takyah nak buat apa-apa dah tapi kalau chek dok jauh dari mak jugak nanti, mak kenalah buat jugak ". Hehek

Sebenarnya aku tak tahu pun apa fungsi aku naik entri hari ni. Mungkin sebab aku rasa blog ni dah " berhabuk " kot.

Hurmm, cukup dah kot. Nak sambung tengok video klip Celine Dion, A New Day Has Come

wassalam
happy sunday day ^_^

No comments:

Post a Comment