Friday, July 22, 2011

Sesi soal jawab dengan reporter tak bertauliah

Assalamualaikum peeps ! ^_^

Tengah buat apa ?

Okay, sekarang neh aq tengah siapkan assignment yang telah di REJECT oleh Madam Mazlinah. Account FB aq dah close, that mean selagi assignment tak siap account FB tak boleh di buka.

Apa perasaan bila assignment di REJECT ?
Alahh, bukannya Madam reject mentah mentah. Petang tadi aq dah hantar, nak suruh Madam semak dulu if ada yang kurang boleh aq betulkan. Sekarang neh aq tengah " make-up " kan sikit assignment neh.

Lagi berapa hari nak final exam ?
Final exam ?? hurmmm, lagi 2 minggu. 1st-2nd August 2011.

Dah prepare nak final exam ?
Belum.

Kenapa belum ?
Sebab masih banyak lagi yang perlu difahami dan kena buat banyak revision.

Dah ready nak sambut puasa dan solat tarawikh?
Insya-Allah, dah ready. Boleh buat tarawikh kat rumah dengan mak dan ayah.

Baju raya berapa pasang ?
kejap kejap nak bilang. Baju kurung kat rumah tailor 2 pasang. Jubah ready made kat kedai sepasang.

Agak agak assignment Madam Mazlinah tu bila boleh siap ?
Okay okay, nak sambung buat balik lah neh.

Wassalam..
Have a goodnight guys ! ^_^

Monday, July 18, 2011

Joyfull Day

Assalamualaikum, hallo guys ! :)


Wahhh, tak lama ja lagi Ramadhan bakal tiba
so kepada sesiapa yang belum menggantikan puasa yang ditinggalkan tahun lepas tu cepat cepat lah gantikan ya. Aq suka gila tahun neh sebab aq boleh puasa penuh dengan family aq kat rumah. Ikut perancangan, aq habis paper 2nd August 2011. 1st planning nak balik 26th August 2011 sebab aq nak p shopping shopping dulu dengan abang aq kat Masjid India tapi abang aq terpaksa cancel kan plan kami tu sebab abang aq ada latihan kat Bukit Jugra so aq percepatkan tarikh tu pada 11th August 2011 tapi tu semua tak boleh pakai jugak, last last aq tukar tarikh lagi, 5th August 2011. Kali neh confirm dan insya-Allah minggu depan aq nak p beli ticket. Whoooh ! i'm so excited to go back home. I'm coming home i'm coming home tell the world that i'm coming home. Okay okay, back to main topic. Barbeque night ! awesome :)


16th August 2011 ! akhirnya, jadi jugak plan Jawatankuasa Tertinggi Asrama (JTA) dan AJK AJK asrama siswi Batu Berendam untuk mengadakan Malam Gala Muhibbah 2011. Awal awal pagi Pengarah, Timb.Pengarah, Bendahari dan AJK AJK kecil ke
market nak cari ayam dan barang barang yang sewaktu dengannya. Aq dengan Kak Ekin sebagai AJK Aktiviti, so kami berdua kena plan semua aktiviti untuk hari tu. Bukan kami berdua ja, bawah kami ada lagi junior dua tiga orang yang bantu. Thanks Prema, Yogi and the gang sebab banyak tolong akak. :)


Untuk acara sebelah petang, kami berpoco poco dulu. Nak panaskan badan sebelum main game yang lain. Antara game game yang di anjurkan adalah tiup tepung (dalam tepung ada garam), boling kelapa, isi air dalam botol, lambung belon yang ada air. Lebihan tepung tu kita orang baling lah kat sesama kita orang.. Best whooh bila junior junior turun padang semuka dengan senior senior. Lagipun sem depan dah last sem kami semua senior senior, tinggal lah junior junior yang bakal mewarisi kami kami neh. Tsk tsk tsk (sedih lah pulak)







Thats all for today guys !
Have a nice day
-wassalam-

Monday, July 4, 2011

Dialek Sarawak

Assalamualaikum guys ! kali neh aq nak share mengenai Dialek Sarawak <3

Selamat Belajar ! :)

Dialek Sarawak atau Bahasa Melayu Sarawak ialah bahasa daerah yang digunakan oleh penduduk yang berbangsa melayu di Sarawak dalam kehidupan seharian. Di mana dialek ini banyak dipengaruhi oleh Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan Bahasa suku-suku di Filipina. Ia juga mempunyai beberapa persamaan dengan Bahasa Melayu Brunei serta Bahasa Melayu Pontianak yang dipertuturkan di Kalimantan.


Contoh

Berikut adalah beberapa perkataan di dalam dialek Sarawak :

Kamek

Kamek bermaksud saya di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek ada kereta" bermaksud "Saya ada kereta".

Kata "Kamek" adalah ungkapan halus yang biasa diucapkan oleh anak-anak terhadap orang yang lebih tua.

Kata "Saya" juga sama halusnya dengan kata "Kamek". Jika "Kamek" umumnya digunakan terhadap sesama keluarga dan orang terdekat dengan kita, tetapi tak terlalu sesuai digunakan terhadap orang yang baru kita kenal. Misalkan dengan orang yang kita berurusan bertemu di atas Bas. Sedangkan kata "Saya" biasa digunakan terhadap keluarga dan orang terdekat dan orang yang telah lama kita kenal, dan juga sesuai dan layak saja jika kita gunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang baru kita kenal.

Kata ini juga umumnya dipakai di Kalimantan Barat, misalkan pada Bahasa Melayu Logat Pontianak dan Logat Mempawah, dan logat lainnya yang ada di Kalimantan Barat

Kitak

Kitak bermaksud awak di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kitak ada kereta" bermaksud "Awak ada kereta".

Di dalam Bahasa Melayu Logat Kalimantan Barat (Logat Pontaianak dan Logat Mempawah misalkan), kata "Kitak" bererti kalian. Sedangkan awak=kau=anda

Molah

Molah bermaksud buat di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek gik molah kerja" bermaksud "Saya sedang buat kerja".

Sik

Sik bermaksud tidak di dalam bahasa Melayu. Contohnya "Kamek sik tauk" bermaksud :Saya tidak tahu".

Selain daripada itu terdapat banyak perkataan dalam bahasa sarawak yang terlalu jauh bunyinya daripada bahasa Malaysia. Contohnya;

  • Kenak = Kenapa
  • Kenak = Kena
  • Tangga = Tenguk/Lihat
  • Diat = Lihat/Tengok
  • Tunggah = Panggil
  • Padah = Beritahu
  • Engkah = Letak
  • Embak = Bawa
  • Mikik = Baiki
  • Kepak = Penat
  • Nekik = Daki
  • Tempek = Tampal,(sama maksud 'tepek' bgi longat kelantan)
  • Lonjong = Panjang
  • Asuk = Anjing
  • Pusak = Kucing
  • Manok = Ayam
  • ...indah = 'pengguat ayat' contohnya; pande sakit indah bila urang nyurohnya belaja. maksudnya, sakitlah pula apabila saya menyuruh dia belajar.
  • Geruk = Leher
  • Tengok(bukan sebutan tengok=lihat) = lihat dalam-dalam
  • plente = Bergurau
  • Pebulak = Penipu
  • Berolah = Nakal
  • Sinun = Sana / Situ (nun disinun = nun di sana)
  • Sitok = Sini (di sitok = di sini)
  • Tapak = Pinggan
  • Cangkir = Cawan
  • Kedak = macam (polah kedak tok juak = buat macam ni juga)
  • Polah = buat / lakukan
  • Dibah = Di bawah
  • Semangka = Tembikai
  • Gerek = Kekasih (Azura ya gerek Zaid = Azura tu kekasih Zaid)
  • Pusuk = Ikan Bilis

Terdapat juga bahasa melayu sarawak yang digunakan oleh orang-orang tua sarawak terutamnaya di Bahagian Kuching. Seperti:

  • Ladin = Pisau
  • Lang = Pintu
  • Sukut = sisi
  • Pagu = Para
  • Telok = Bilik
  • Diniari = Subuh
  • Pagi awal = Awal pagi
  • Gadong = Hijau
  • Kalas = Merah jambu
  • Ngkodok = Ungu
  • Minyak = cuma
  • Ngetor = Jalan-jalan (TOUR)

Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Sarawak belum termasuk kata nama, kata sifat, kata kerja, kata soal serta nahu-nahu yang perlu kita tahu dalam mempelajari Bahasa Sarawak.


Sumber : wikipedia.com

Wassalam

^_^

Tuesday, June 28, 2011

Miss my Mr.Belog !



Assalamualaikum. Haip ! :)

Lama dah aq tak jenguk MY ONLY ONE " HUNNY ". Aq sampai Melaka 15 Jun 2011 dalam pukul 9 lebih cenggitu lah. 16 Jun kami stay dulu kat bilik, semua letih lah katakan. 17 Jun baru kami ke kolej nak register. Class aq mula 21 Jun 2011 dan hari neh ( 28 Jun 2011 ) adalah class aq yang ketiga. Best kan sebab class seminggu 2x ja. Awesome ! :)



Lots of Laugh ! iya, aq suka gelak. Best whoa. Release tension bak kata orang puteh. Semester 6 neh sem yang paling best lah bagi aq sebab sem neh kami dapat Lecturer lelaki (En.Ghani). Tua dah, pangkat ayah-ayah kita lah. Ayat famous yang selalu lec aq cakap nak tau apa ? " tu bengong namanya, hahaha ". Ayat dya untuk hari neh yang membuatkan satu class bingit pulak, " tanpa ku sedari pemergianku tak diketahui ". HEKHEKHEK

Sem neh memang banyak waktu yang free. So, daripada nak bazirkan masa melapok and mengulaq dalam bilik tu kan apakata kita keluar cari part-time job. Betul tak ? At least ada jugak income kan. Tak menyusahkan parents dah kan. Betul tak ? So,sem neh aq pun mula lah cari part-time job dan alhamdulillah aq dapat kerja balik dengan Boss aq yang lama. Uncle Simon namanya. Orangnya berbadan tegap, tinggi, rambut dah beruban sikit. Uncle memang baik sangatsangat. Transport nak p kerja dya sediakan. Kerja pun tak susah, relax lah. Kalau ada apaapa event, seluruh Melaka kami akan jelajah bahkan hingga ke luar Melaka. Best kan ?

Alhamdulillah, dah 5 hari aq kerja, income pun dah ada, separuh aq simpan separuh lagi aq guna untuk belanja harian lah. Tapi kalau ada event memang masyuk gila lah kan. Hekhekhek. Ohhh , lupa pulak aq nak bagitau aq kerja apa. Okay sebenarnya aq kerja dengan Celcom.

Okay lah , stop kat sini dulu sebab nak sambung buat assignment En.Ghani pulak, class ke-5 nanti dah nak kena submit. Assignment kali neh individual. So, kalau jadi apaapa kenalah tanggung sendiri. Ya tak ? Esok aq kerja ! 10am-8pm :)


Have a goodnite bloggers !
Wassalam ^_^

Monday, June 6, 2011

You To Me Are Everything

I would take the stars
Out of the sky for you
Stop the rain from falling
If you asked me to
I'd do anything for you
Your wish is my command
I could move a mountain when
Your hand is in my hand
Words cannot express
How much you mean to me
There must be some other way
To make you see
If it takes my heart and soul
You know I'd pay the price
Everything that I possess
I'd gladly sacrifice

Oh you to me are everything
The sweetest song
That I could sing
Oh baby, oh baby
To you I guess
I'm just a clown
Who picks you up
Each time you're down
Oh baby, oh baby
You give me just
A taste of love to
Build my hopes upon
You know you got
The power girl
To keep me holding on
So now you got
The best of me
Come on and
Take the rest of me
Oh baby

Though you're close to me
We seem so far apart
Maybe given time
You'll have a change of heart
If it takes forever boy then
I'm prepared to wait
The day you give your love to me
Won't be a day too late

Oh you to me are everything
The sweetest song
That I could sing
Oh baby, oh baby
To you I guess
I'm just a clown
Who picks you up
Each time you're down
Oh baby, oh baby
You give me just
A taste of love to
Build my hopes upon
You know you got
The power boy
To keep me holding on
So now you got
The best of me
Come on and
Take the rest of me
Oh baby

Monday, May 30, 2011

Merapu di petang hari

Assalamualaikum ..

Cuti sem tak lama ja lagi nak habis jadi aq pun kenalah ready awal sikit. Bukan apa,takot nanti kalut. Kena kemas luggage awal sikit sebab takot nanti ada barang yang tertinggal. Nak bawak balik baju sikit ja sebab sem depan adalah sem pendek,tempoh pengajian aq pun 2 bulan ja. Berdasarkan jadual final exam sem depan yang aq dah tengok hari tu,aq dijadualkan akan menduduki final tanggal 2 Ogos 2011 bersamaan hari Selasa pukul 9am-12noon.

Dalam hati neh syok tak kira lah kan sebab masa tu bulan Ramadhan. Tak payah lah aq nak kalut-kalut nak prepare untuk bukak posa dengan kawan-kawan kat hostel sebab masing-masing dah ada dengan family. Kalau bukak posa kat rumah memang takda tahap maksimum lah keseronokkan dia tu. For sure,rumah aq akan bertukar menjadi PASAR BORONG. Insya-Allah,panjang umur kita akan bertemu di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Ada lagi satu benda yang best yang aq tak sabar nak tunggu masa bulan Ramadhan tu nanti. Ala , korang pun tahu kan??dalam banyak-banyak bulan yang ada dalam kalendar islam,benda tu hanya ada dalam bulan Ramadhan ja. Kalau tanya budak-budak pun dorang tahu. Tak lain dan tidak bukan mesti lah solat tarawikh yang aq tunggu-tunggu. Tahun lepas aq sempat buat 3 malam ja rumah sebab yang selebihnya aq kat melaka lagi masa tu.

Sebenarnya aq bukan nak cakap pasal bulan Ramadhan tapi aq nak cakap tentang apa yang aq fikir masa aq tengah masak tengah hari tadi. Masa aq tengah jalan nak p ambil barang dalam peti sejuk tiba-tiba aq terfikir tentang tanggungjawab seorang WANITA. Tok aq pernah cakap, " orang pompuan neh,tak keqa lah qeja dya besaq mana pun , jawatan dya tinggi bqapa lapeh skali pun tapi bila dya dah menikah,tugaih dya tetap kat ceqok dapoq ". Kena masak untuk suami dan anak-anak,kena mengemas seluruh ruang rumah to make sure takda sebesar zarah pun habuk-habuk. Bila weekend pulak confirm lah tak boleh dok diam kan. Rumah mesti nak berkilat bercahaya punya,carpet nak kena vacum,nak mop lantai lah,senang cakap seluruh isi rumah kena bersih bukan apa mana tau tiba-tiba family-family semua nak LEPAKING'S kat rumah ke kan.

Tapi bila fikirkan balik memang berat jugak lah tugas orang perempuan neh,memang tak menang tangan. Macam-macam nak kena handle. Taraf kehidupan pun meningkat bila dah berumahtangga. Nak kena bayar bil elektrik lah,bil air lah,astro lah,kalau dah berlaki bini tak kan tak pakai kereta kan?? haaaa,nak bayar duit kereta lagi lah. Macam aq neh,nak bayar kat PTPTN lagi bulan-bulan,bak kata mak aq lah " duit mengalir macam air ". Lain lah kalau dapat suami yang hartawan kan. Neh contoh dialog aq dengan laki aq. " bang,bak Rm20 ribu,nak p settle duit PTPTN yang ayang pinjam masa belajar kat KYM dulu " .dengan senang hatinya laki aq bagi Rm20 ribu bayar PTPTN ( sapa lah laki "bertuah" tu agaknya eh ?). Nah hamek kau senah,seketul aq bagi kat kerani kewangan PTPTN tu. HAHA !

Entah apa lah yang aq merepek kat situ. Sekali fikir macam best pulak bila kawen,( apa yang best aq pun taktau ). Kalau kakak aq baca apa yang aq post kat sini confirm lah kan aq kena dengan dya. Kakak aq tu supportive tapi kalau dya rasa tindakan yang aq buat tu macam tak betul,dya akan bangkang lah kan. Kakak mana tak sayang adik kan. Aq syukur sebab ada dua orang kakak. Sorang kakak yang selalu support aq tapi kadang-kadang kami tikam lidah jugak dan sorang lagi kakak yang agak garang dengan aq tapi dalam masa yang sama dya selalu jadi financial advisor aq. TERIMAKASIH KAKAK-KAKAKku.

Dah habis dah kot nak merapu kat sini. Nak keluar dok depan rumah pulak. Next story will coming soon ya.

Wassalam :)

Sunday, May 22, 2011

Bertuahnya Menjadi Wanita

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”


1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.

*Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini.

Sumber: Bertuahnya Menjadi Wanita | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/bertuahnya-menjadi-wanita/#ixzz1N3qrJVIz