Thursday, April 11, 2013

Kenapa saya nak jadi cikgu?

Assalamualaikum peeps.

Lama tak naik entri sebab sibuk dengan assignments. 1 subject ambil masa selama 3 minggu untuk siapkan tugasan. Lama kan? Sebab apa jadi macam tu tau. sebab suka berlengah-lengah. Kepada sesiapa yang suka buat macam tu, bertaubatlah. Bila kita buat kerja last minute, nanti kerja kita tak proper, lepas tu nanti COURSEWORK rendah!!!! Kalau tak caya, oulss try lew.

Entri kali ni nak share dengan oullss, kenapa i nak jadi cikgu lepas semua cita-cita i yang dulu i tak dapat. Nak tau dulu i bercita-cita nak jadi apa? Haaa, cita-cita i yang 1st dulu, i nak jadi Pegawai Tentera tapi kecundang, 2nd cita-cita pulak, i nak jadi Pegawai Polis tapi tak jadi sebabnya, i tengah buat diploma masa tu. Ingatkan lepas buat diploma hari tu i nak terus apply polis. Bapa angkat i bagitau Ogos 2012 ada pengambilan polis. Semangat lah masa tu. Masuk ja bulan Ogos, terus dapat surat untuk sambung ijazah kat University of Management and Technology (sekarang ni Unitar International University). Mak i suruh i buat pilihan lah then i cakap i nak sambung belajar. Alasan i, lebih baik sambung belajar sekarang, kalau kerja dah tak ada keinginan nak sambung belajar sebab dah syok pegang duit.

Dan sekarang i dah nak habis semester 2. Jun ni dah masuk semester 3 lepas tu ada lagi 3 semester untuk dihabiskan. Last-last, i kuburkan semua cita-cita i tu. I cakap kat kakak i yang tengah tu " tak dapat jadi pegawai tentera pun takpa, nanti aq nak jadi bini pegawai tentera". Terus dapat penampar kat dahi, Dushhh!

Back to main topic lah. Ada beberapa sebab kenapa i pilih untuk jadi cikgu. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut :


  1. cikgu kerja half day, ada banyak masa nak diluangkan dengan family
  2. ada masa untuk balik masak untuk suami (kalau dah kawen lah)
  3. ada masa untuk jaga anak
  4. cuti banyak (hahaha)
  5. kerja cikgu, kerja yang mulia. sampai mati pun orang akan panggil cikgu dan kenang jasa kita

Hurm, tu ja lah untuk hari ni eh. Ni pun tengah edit assignment lagi. Wassalam

No comments:

Post a Comment