Wednesday, December 26, 2012

Maria Elena: Doa masuk exam

Maria Elena: Doa masuk exam: assalamualaikum! masyallah watashiwa lupa dah SPM dah. i think it's not late to wish SPM-ers a huge " ALL THE BEST!! " ihik! ok, so le...

Thursday, November 15, 2012

#Untitled 11#

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dan syukur sangat ke hadrat Ilahi sebab majlis konvokesyen kat PICC dan selesai pun pada 3 November yang lepas. Takdan dah nak update kat sini (blog) sebabnya pada 5, 6 dan 7 November lepas tu i ada camping kat Gunung Jerai (program kampus). Rasa kalut gila sebab jadual tersangatlah padattttt. Terpaksa curi masa sikit untuk update blog ni takot satg berhabuk.

Okaylah, i nak cerita sikit kronologi masa ontheway pi Bangi, masa nak pi amek jubah dan masa last moment majlis tu.

(31 Okt 2012)
Masa i ontheway nak pi Bangi tu cuaca semua okay tapi bila masuk ja Perak, hujan turun lebat sangat macam ayaq paip bomba package guruh kilat sekali. Sampai kat KL pun hujan jugak. I sampai kat perhentian Kajang pun lewat, dalam pukul 8 lebih dan i check in kat hotel lebih kurang pukul 9pm. Walaupun sendirian i kena berkeras jugak, kena beranikan diri. I'm not alone, Allah always with me

(1 November 2012)
Disebabkan badan terlalu letih, i "terbabas". Tengok jam dah pukul 8.15am, masa tu dalam hati "mampoih lah aq, lewat dah nak p register konvo" tapi pergerakkan tetap slow. Lepas siap semua terus ambil teksi ke hentian Kajang. Naik bus pulak pi Puduraya then dari Puduraya ke kampus kat Petaling Jaya. Ingatkan semua tu akan ambil masa yang lama tapi sekejap ja. Tak sampai setengah jam (maklumlah, ni 1st time konvo)

(2 November 2012)
-pagi yang dingin-

"Bangun pagi gosok gigi
minum susu, amek teksi
siap-siap pi PICC"

Hahaha, nak kena rehearsel, excited bangun awal, subuh


****TO BE CONTINUED****
***MENGANTOK***
| 10:16PM |


Nak sambung balik qeja yang terbengkalai.. hehe
(05:45pm/24-11-2012)

(2 November 2012)
-tengah hari yang terik-

Rehearsel selesai dalam pukul 12 tepat. Huishhh, panas gila kot plus langit mendung kat PICC tu (boleh bayang tak cuaca dia?). Perut dok bunyi krokk! krakk! krokk! krakk!. Sebelum nak keluaq hall tu, call lah Uncle Muthu dulu untuk pick up i kat situ. Tunggu punya tunggu Uncle pun sampai.

Masa nak balik ke hotel, Uncle Muthu bawak i balik ikut jalan Dengkil. Ya Allah, Masya-Allah. Jalan dia lebih teruk dari roller coster kat Genting Highland Theme Park tu. Dalam hati tu toksah dok kata lah kan, risau bagai nak gila ni. Tak berani nak habaq kat mak yang Uncle tu bawak i balik kot jalan Dengkil. Naik bukit turun bukit, selokoh tajam selekoh tumpoi semua ada.

Selamat sampai kat hotel, terus serbu "RESTORAN NASI ULAM". Owner dia orang Kelantan baq hang. Hensem, muda lagi tapi dah kawen. Heeeee.

-petang yang mendung dan damai sangat-

Menunggu ketibaan jantung hati yang tercinta. Of course lah my parents and finally they safely arrived. Kesian mak ayah, letih dok atas bus berjam-jam. Kita naik mandi, rehat sat lepas tu kita turun makan.

(3 November 2012)
Hari yang dinanti pun tiba. My convocation day!!!!!!!! Alhamdulillah Ya Allah setelah 3 tahun berhempas pulas menuntut ilmu di bumi 5 beradik Hang. Mak memang menitis air mata masa i atas stage, ayah pun nangis tapi ayah sembunyi-sembunyi. Hehe

Majlis selesai tepat pukul 1, keluaq ja dari hall, hujan lebat yang sambut kami semua student yang grad. Mak kata "ni hujan rahmat :)". Balik hotel, p makan dengan mak ayah dan ready untuk pack semua bag sebab malam tu jugak kami balik. Ayah ada qeja.

Mak Ayah, TQ for everything,



Monday, October 15, 2012

#untitled 10#

Assalamualaikum reader's..

Sakit sangat kepala neh bila mikiaq pasal convo kat PICC, dinner night untuk subject "event management" dan convo kali ke-2 kat Dewan Seri Negeri, Melaka untuk tahun neh. Macam-macam benda yang dok berselirat dalam kepala neh. Penginapan, pengangkutan, jarak antara hotel dengan dewan convo, pakaian, kasut, tudung etc. Untuk convo kat PICC yang akan berlangsung pada 3 November 2012 nanti, semua benda dah settle dari segi penginapan, pengangkutan dan pakaian. Etika pakaian apa semua tu dah ada dalam guideline yang Universiti bagi.

Untuk dinner night subject "event management" pulak, insya-Allah akan berlangsung pada middle of november, di mana lokasinya taktau lagi. Tema malam tu "Glamour Night". Fening jugak lah kepala ana nak mikiaq pakaian malam tu. Last-last i dapat idea untuk pakai dress yang simple dengan tudung bawal saja. Simple kan? Takyah nak glam sangat, kot-kot satg terpijak dress yang labuh tu, tomoih ke depan. Hahaha. Serious memang akan malu. Majlis tu sebenaqnya untuk meraikan student-student yang berjaya menamatkan Diploma, student-student Unitar Internatinal University yang mengambil subject "event management". Pensyarah i bagitau, "mana-mana student event management yang tak hadir ke dinner akan digagalkan untuk subject neh".

Last event i adalah convo kali ke-2 masa i kat Kolej Yayasan Melaka dulu. Insya-Allah akan berlangsung pada 17 Disember 2012. Yang tu tak dapat apa-apa confirmation lagi dengan pihak kolej. Jadi kenalah tunggu surat sampai kat rumah. Wassalam


Saturday, October 6, 2012

Alhamdulillah Ya Allah

Assalamualaikum peeps

Nak share berita gembira neh!! :)
1 Oktober yang lepas i teman my mum ke hospital untuk check-up. Sampai ja kat hospital i buat routine macam biasa lah, ambik card appointment mak p kat kaunter yang mula-mula tu then ambik no. Tunggu giliran untuk register mak. Mak pulak p ke ruangan ultrasound untuk ambik no giliran untuk buat ultrasound. Time ni i terpaksa berpecah dengan mak.

Dah settle ambik no giliran mak untuk jumpa doktor pakar, i terus gerak ke ruangan ultrasound nak teman mak pulak. Ya Allah punya lah ramai orang yang tunggu giliran, line telefon pun takda tau-tau dapat msg dari maxis (you have 5 missed call from 019433****) dari ayah. Macam-macam peringkat umur kat situ. Yang paling muda sekali kan, ada sorang baby ni baru 2 bulan. Kesian dia, umur baru 2 bulan dah kena buat ultrasound. Be strong ya baby :(

Bila sampai giliran mak, dalam hati ni hanya Allah yang tau. Lama jugak mak dalam tu. Tunggu punya tunggu punya tunggu, finally mak keluaq. Wah! muka mak senyum-senyum berseri-seri then mak bisik "alhamdulillah, doktor cakap hati mak dah normal balik macam dulu tapi batu dalam hempedu ada balik, nak buat doa selamat sikit sebab hati dah normal :)". Alhamdulillah, yeppiiiii ! mak dah sihat. Rasa macam nak lompat ja tinggi-tinggi dalam bangunan tu :)

Sebelum ni hati i gusar sangat sebab dok mikir, kalau mak still dok sakit macam mana nak p konvo i nanti tapi bila dah dapat result yang macam tu, rasa macam sekarang jugak nak book hotel untuk konvo nanti :). I rasa sampai sini dulu, next time i share another story okay. Wassalam 






Friday, October 5, 2012

Thanks mak ^__^


Assalamualaikum guys..
Ini post sempana hari jadi i yang ke-21..
Post ni khas untuk bidadari dalam hidup i..

MAK, THIS IS FOR U,
I LOVE U SO MUCH,
THANKS FOR EVERYTHING,
U GIVE ALL THAT I NEED..


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Tuesday, September 11, 2012

#Untitled 9#

Assalamualaikum reader's..

Lamanya tak bukak blog neh, dah berhabuk sangat dah. First of all, i nak share dengan u guys yang my mom dah sembuh dan dah boleh bangun macam biasa. Terima kasih pada u guys yang tolong mendoakan my mom. Hanya Allah ja yang dapat balas jasa baik u guys semua :)

Tu yang 1st i nak share dengan u guys, yang kedua pulak, i dah berjaya menempatkan diri i kan sebuah Universiti di Alor Setar iaitu University of Management and Technology dan i baru ja habis sesi orientasi yang berlangsung pada 5th, 6th dan 9th September yang lepas. Sekarang neh masih lagi menyesuaikan diri kat kampus tu walaupun kat negeri sendiri iaitu Kedah.

Kali neh i sambung selama 2 tahun ja sebab kebanyakkan subject yang ada dalam list untuk degree i dah ambil masa buat diploma dulu, so singkat lah tempoh pengajian i tu. Mungkin ada diantara reader's yang tak tahu sebelum neh i study jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan sekarang neh Bachelor of Education (Early Childhood Education) (Hons).

Neh ja lah untuk hari neh, i akan share lagi story yang i ada untuk next post. Wassalam


Wednesday, June 27, 2012

#Untitled 8#

Assalamualaikum warahmatullah


Semalam mummy i ada check-up dengan doctor dan my sis yang temankan. Selalunya memang i yang temankan my mom setiap kali ada check-up, this time i tak teman sebab i diserang chickenpox yang amat teruk di bahagian muka, kepala, telinga dan seluruh anggota badan i. Sekarang ni masanya untuk mengira semua parut-parut yang ada. HAHAHA


Okay lah, berbalik kepada cerita my mom tadi. Mula-mula macam biasa lah, my mom kena p jumpa doctor kat bahagian ultrasound untuk check balik sisa nanah tu masih berbaki atau dah habis. Dah selesai buat ultrasound semua tu, kena tunggu giliran untuk jumpa doc lah. My mom cakap "nasib baik laa tadi tunggu giliran sat ja". Doc bagitau yang kumpulan nanah yang terkumpul dalam hati my mom tu ada lagi sebesar 1cm dan doc bagi new date iaitu 2 Oktober 2012, maknanya after 3 month macam tu lah, my mom kena p jumpa doc balik. Hopefully, itu yang terakhir. Kesian my mom kena ulang-alik p hospital untuk buat susulan.





gambar neh diambil masa kali terakhir my mom hantar i naik bus balik melaka sebelum
my mom jatuh sakit.


Penyakit kencing manis ni boleh mengakibatkan si pesakit akan kehilangan anggota badan seperti kaki, tangan, jari kaki atau jari tangan tapi alhamdulillah, buat masa sekarang anggota badan my mom elok lagi, takda yang hilang. Kalau luka pun dalam 2 3 hari mesti luka tu dah sembuh. Ada pulak sumber-sumber berkata, kalau dia tak merosakkan anggota badan, dia akan merosakkan anggota dalaman kita seperti hati, buah pinggang atau paru-paru. Ada diantara pesakit kencing manis ni meninggal dunia. Arwah ayah gula-gula hati i meninggal kerana penyakit kencing manis pada beberapa tahun yang lalu. Arwah maklong i pun meninggal kerana sakit yang sama


Sama-sama lah kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ayah gula-gula hati i dan arwah maklong i. Al-Fatihah


Wassalam