Saturday, June 8, 2013

Jom kawen nak?

Assalamualaikum peep's

Hurmm, cuti sem kali ni takda buat apa pun. Memang duduk rumah, kadang-kadang tu ikut mak p kenduri KAHWIN. Hehe

Entri kali ni pasal kahwin pulak boleh? Eh, asal nak tanya pulak kan, ini belog saya yang punya. Cuti sekolah cenggini memang ramai yang ambil peluang untuk buat melangsungkan perkahwinan sebab ramai sanak saudara boleh datang ke majlis kita. Untuk majlis perkahwinan ni macam-macam jenis yang orang akan buat. Ada yang buat simple-simple, ada yang buat besar-besaran etc.

Ni just rancangan ja tau bukan betul-betul lagi, kalau i lah kan, i takkan buat majlis pertunangan sebabnya i nak jimat bajet dan orang tua-tua cakap masa bertunang ni lah banyak dugaan yang akan datang pada kita dan pasangan. I akan buat yang wajib terus "NIKAH". After nikah boleh buat majlis sebelah pihak i dan lepas  2 atau 3 hari baru buat majlis bertandang sebelah pihak lelaki.

After nikah, banyak duit yang akan digunakan sebab tu i pilih untuk buat sesuatu yang mudah dan ringkas. Bila dah nikah, kita mesti nak ada rumah sendiri kan? Dalam rumah tu mesti kena ada perkakas, perabot, periuk belanga kuali sudu garfu pinggan mangkok dan yang sewaktu dengannya. Contohnya macam perbualan kami di bawah ni.. Hehe



#calon takda tapi dah merancang..can i? Wassalam


Sunday, May 19, 2013

#Untitled 15#

Hi Assalamualaikum dear peeps.

21 Mei ni dah start exam. 1st paper u know, Study Skill. Wish me luck yaw! Insya-Allah, i punya exam akan berlangsung selama 5 hari (21 Mei, 25 Mei, 27 Mei, 28 Mei dan 29 Mei). Lepas tu i akan ke melaka selama 3 hari untuk ke majlis perkahwinan classmate masa study kat KYM dulu. Hari ni majlis sebelah perempuan kat Sarawak then 1 Jun sebelah lelaki kat Melaka lah.

"Bila aq nak kawen eh?". Haha, tak ada calon. Calon dah lari sebab i garang macam singa. Haha. I ada update pasal i dah single kat facebook and then one of my best friend ask me "status kat fb yg single tu betol ke?". Lebih kurang macam tu lah pertanyaan dia then i said "yes", and then he ask again "betol ke? betol?". Yes lah. I think my bff tu ada "masalah" lah sebab dia over-tension kat kuarters tu. Haha. Then he said, "okay lah, NO MAN NO CRY". Hok aloh, memang lah no man no cry sebab air mata ni dah kering!

I miss melaka, i miss Dataran Pahlawan, i miss Mahkota Parade, I miss MITC Bowling Centre, i miss Jonker Walk, Coconut shake Klebang yang best in town. Sabar lah, seminggu lebih ja nak p sana, haaa lepas tu hang "menggedik" lah puas-puas.

Rasanya sampai sini ja kot, nak sambung baca note, buat latihan past year paper. Assalamualaikum

Thursday, April 11, 2013

Kenapa saya nak jadi cikgu?

Assalamualaikum peeps.

Lama tak naik entri sebab sibuk dengan assignments. 1 subject ambil masa selama 3 minggu untuk siapkan tugasan. Lama kan? Sebab apa jadi macam tu tau. sebab suka berlengah-lengah. Kepada sesiapa yang suka buat macam tu, bertaubatlah. Bila kita buat kerja last minute, nanti kerja kita tak proper, lepas tu nanti COURSEWORK rendah!!!! Kalau tak caya, oulss try lew.

Entri kali ni nak share dengan oullss, kenapa i nak jadi cikgu lepas semua cita-cita i yang dulu i tak dapat. Nak tau dulu i bercita-cita nak jadi apa? Haaa, cita-cita i yang 1st dulu, i nak jadi Pegawai Tentera tapi kecundang, 2nd cita-cita pulak, i nak jadi Pegawai Polis tapi tak jadi sebabnya, i tengah buat diploma masa tu. Ingatkan lepas buat diploma hari tu i nak terus apply polis. Bapa angkat i bagitau Ogos 2012 ada pengambilan polis. Semangat lah masa tu. Masuk ja bulan Ogos, terus dapat surat untuk sambung ijazah kat University of Management and Technology (sekarang ni Unitar International University). Mak i suruh i buat pilihan lah then i cakap i nak sambung belajar. Alasan i, lebih baik sambung belajar sekarang, kalau kerja dah tak ada keinginan nak sambung belajar sebab dah syok pegang duit.

Dan sekarang i dah nak habis semester 2. Jun ni dah masuk semester 3 lepas tu ada lagi 3 semester untuk dihabiskan. Last-last, i kuburkan semua cita-cita i tu. I cakap kat kakak i yang tengah tu " tak dapat jadi pegawai tentera pun takpa, nanti aq nak jadi bini pegawai tentera". Terus dapat penampar kat dahi, Dushhh!

Back to main topic lah. Ada beberapa sebab kenapa i pilih untuk jadi cikgu. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut :


  1. cikgu kerja half day, ada banyak masa nak diluangkan dengan family
  2. ada masa untuk balik masak untuk suami (kalau dah kawen lah)
  3. ada masa untuk jaga anak
  4. cuti banyak (hahaha)
  5. kerja cikgu, kerja yang mulia. sampai mati pun orang akan panggil cikgu dan kenang jasa kita

Hurm, tu ja lah untuk hari ni eh. Ni pun tengah edit assignment lagi. Wassalam

Sunday, March 31, 2013

UNITARAS : Gua Kelam


Thiru kena denda untuk lengkapkan task explorace

Abg Jan - our chef cum advisor

Get ready untuk Jelajah Gua

Sukaneka 1#

Fifi, breakfast awal dulu sebelum org lain



Cik Timb. Pengarah & Puan Pengarah

Tuesday, January 22, 2013

Want more from Homemade Recipe? Check this

CREPE ada macam-macam filling :
a) DURIAN
b) STRAWBERRY
c) BLUEBERRY
d) BANANA
e) MANGO SWEET CORN (HOMEMADE)







MIX FRUIT-CHEESE TART

PAVLOVA

PAVLOVA AGAIN!

CUSTARD JELLY WITH LOVE


#Untitled 14#

Assalamualaikum..

Ada sesiapa yang dah "register" sebagai penggemar CREPE, RED VELVET, PAVLOVA, TART etc. I dah  register dah. CREPE DURIAN! Ya Allah, memang superb! I takmau cakap banyak, kepada reader's just click link ni  http://www.facebook.com/homemaderecipe2u kalau nak survey okay.

Selamat mensurvey dan mengorder

Wassalam :)

CUPCAKES

HOLLAND CAKE

PELANGI CINTA CARAMEL

MOIST CHOCOLATE CAKE

OREO CHEESE CAKE

RED VELVET

WINTER LADY

SWISS ROLL

RED VELVET CUPPIES

Tuesday, January 15, 2013

#Untitled 13#

Assalamualaikum reader's

Yea! Semester break mood. Insya-Allah 4 Februari ni mula sem baru, subject baru dan harap-harap dapat lecturer yang baru jugak! Bila dah cuti ni, automatically i tukar profesion as "fulltime housemaid and babysitter". Nak jaga Mia dengan Abg Hazziq ni. Ibu depa ada kursus kat Subang Base dalam sebulan lebih. Dua beradik ni pun dah macam anak-anak buah i. Senang ja ngasuh depa sebab dua beradik ni baik ja kelakuan. Ada jugak lah nakal dia kan bukannya sepanjang masa dia buehh.

Sejak i jaga dua beradik ni, baru sedaq macam mana bila one day i jadi mak, kena bangun tengah malam nak tukar pampers dia, nak buat susu dia, macam-macam lah. Bersyukur sebab dicipta sebagai perempuan. So jangan lah mengeluh apa-apa ya.

Too short? Sebab takda idea dah :)

Wassalam